Saturday, August 27, 2016

Lawak Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. 
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... 
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" 
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Lawak Unta

Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual. Anak unta kemudian bertanya kepada ibu unta,

Anak Unta: Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?

Ibu Unta: Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang pasirnya tidak pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita daripada tenggelam ke dalam pasir.

Anak Unta: Hmm.. benar juga kata-kata ibu ya. Ibu mengapa bulu mata saya panjang?

Ibu Unta: Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir apabila kitaberjalan di padang pasir.

Anak Unta: Oh, begitu. Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang besar di bahagian belakang saya?

Ibu Unta: (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak supaya kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang jauh.

Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki yang besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata yang panjang supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini untuk menyimpan air? tetapi ibu?

Ibu Unta: Apa lagi sayang?

Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan?!

Lawak Niaga

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... 

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?" 

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" 

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.. 

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? 

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" 

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. 

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?" 

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Lawak Pisang

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang. 

Ali : Kau dah makan pisang tu? 
Ahmad : Belum lagi... 
Ali : Eloklahhh..... Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!.

Lawak Pari Pari

Pada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apababila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.


Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua? 

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Lawak Kat Restaurant

Saya berada di sebuah restoran semalam. Tiba-tiba saya rasa macam nak terkentut. 
Muzik yang dipsang di restoran itu kuat, jadi saya melepaskan kentut saya mengikut alunan irama muzik itu. 

Selepas beberapa minit saya berasa lega. 

Saya menghabiskan minuman saya, semasa bangun dari tempat duduk saya lihat orang sekeliling memandang saya dengan muka yang masam...

Baru saya sedar rupa-rupanya saya dengar muzik dari ipod saya…

Wednesday, September 9, 2015

Lawak Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"