Thursday, October 27, 2011

Lawak Waktu Sukan

Lawak Sebelum Dan Sesudah Kawin

engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka


masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.


BARU KAHWIN...

kau sangat
suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...

Lawak Sang Anak

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Monday, October 24, 2011

Lawak hantaran

pernah baca harga hantaran kawin mengikut tahap pendidikan semasa?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000...

mahal ke? murah je...


ini jawapan balas pihak lelaki

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:
Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

... Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

Lawak Sang Atok

Lawak Kedua

atok : cu ko paham bahasa org putih tak?
cucu : boleh la tok..nape?
atok : cuba tengok borang ni..cuba tengok! tolong isikan skali blh?
cucu : ok dude...ur name plzzz!
atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP.
cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood

Lawak Stress

Seorang gadis cantik menaiki teksi Pak Mat di hadapan Bkt Bintang. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam teksi Pak Mat.

Lantas Pak Mat menghantarnya ke hospital. Pak Mat sedikit STRESS kerna risaukan keadaan penumpangnya dan terpaksa menunggu lama di hospital.

Doktor yg merawat gadis tersebut mengatakan gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat yg bakal bergelar bapa.

Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah kepada bayi itu tapi gadis tersebut beriya mengakui bahawa Pak Mat lah ayah kepada bayi dikandungnya.

Pak Mat bertambah STRESS!

Pak Mat meminta ujian DNA diadakan untuk membuktikan dirinya bukan ayah kepada bayi itu atau sebaliknya. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Menunggu hasil ujian membuatkan Pak Mat semakin STRESS!!

Setelah mendapat keputusan ujian, doktor mengesahkan Pak Mat MANDUL sejak dari lahir.

Lega bukan kepalang Pak Mat dengan keputusan ujian tersebut.

Kemudian Pak Mat pun dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang, Pak Mat memikirkan 3 orang anaknya hasil hidup bersama Mak Minah.

Sekarang Pak Mat benar-benar STRESS!!!

Lawak Sang Ibu

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.
Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?

Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???


Thursday, October 20, 2011

Lawak Budak Budak II

Seorang guru sedang mengajar anak murid tentang syurga. 
Selepas itu guru itu bertanya kepada murid-muridnya itu:

Guru: Di sini siapa yang nak pegi syurga?

Sume anak muridnya mengangkat tangan kecuali Eric.

Si guru pun bertanya kpd eric:

Guru:Kenapa kamu tak nak pegi syurga?

Si Eric pun menjwb pertanyaan gurunya itu:

Eric:MAK SAYA PESAN LEPAS HABIS SEKOLAH JGN PEGI MANA-MANA.

Lawak Budak Budak


Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...

Sarah:ko dah besar nak jadi apa?

Ah Kiong: saya da besa nak jadik Superman woo

Sarah: saya dah besar nanti jadik supergirl

Iqbal: Kalau saya, saya  nak jadi supermarket... macam-macam ada...

Lawak Anak Bertuah

Ani merupakan seorang dara yang cantik lagi rupawan.
Kira dalam kampung, dialah Miss Kampung. Tapi sayangnya
sewaktu dia kecik, Ani telah jatuh dari katil tidur lalu otaknya
sekarang kurang seimbang. (biol)

Satu hari Ani telah disuruh oleh emaknya untuk membeli
kelapa. Lalu dia pun pergi ke kedai Pak Mat. Pat Mat walaupun
usianya dah lanjut tapi masih "gagah dan kuat".(viagra+tongkat ali)

Setibanya di kedai Pak Mat, terdapat beberapa lagi
pemuda-pemuda kampung yang tengah lepak kat situ.

Ani : Kelapa satu biji...parut buang kulit Pak Mat
Pak Mat : nak buat ape dengan kelapa ni?
Ani : tak tahu mak suruh beli
Pak Mat : hari ni Pak Mat rasa murah hati...kalau Ani
dapat panjat pokok kelapa dan ambik kelapa tu...pak mat kasi free.

Ani dengan ghairah memanjat pokok kelapa tu. Pak Mat
dan pemuda-pemuda kampung yang lepak kat situ pun
mengerumuni di bawah pokok kelapa tu.
Mereka pandang ke atas dengan penuh berahi.

Oleh kerana asyik sangat, Pak Mat suruh Ani turun naik
pokok kelapa tu beberapa kali untuk mengambil beberapa biji dia nak.

Ani pun pulang ke rumah dengan senang hati membawa kelapa parutnya dan beberapa biji lagi.
Tiba di rumah, emak Ani terperanjat kenapa banyak sangat kelapanya.

Mak Ani : Ani..apasal banyak sangat kelapa ne?
Ani : ni hari pak mat kasi percuma kalau Ani sendiri yang panjat pokok
dan ambil kelapa-kelapa tu. Pandai kan Ani mak.

Mak Ani : ANNNIIIIII (menjerit)...diorang tu semua saja jer nak tengok
seluar dalam kau...sebab tu ler dia kasi free..
Ani : Yeker mak? (Hairan)
nasib baik lah Ani tak pakai seluar dalam yer. "

Lawak Kaunselor

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

Lawak Saintis

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...

Tuesday, October 18, 2011

Lawak Ms J

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

Lawak Perompak

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota..

Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..

"Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

Lawak Pemanggil

Seorang lelaki yg sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata " tolong...tolong....rumah saya terbakar.."

Staff di pejabat bomba menjawab " awak tinggal di mana?"

Lelaki itu menjawab " saya terlalu takut...saya tak bole nak bagitau alamat nya.."

Bomba bertanya "bagaimana kami mau kesana?"

Lelaki itu menjawab dengan marah "Bagaimana?..Adoiiiii!!!...naik la lori bomba korang tu"

Lawak Pembantu Rumah

Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan ..............jangan kamu beritahu puan pukul berapa aku pulang malam tadi.
Kenapa kamu cakap juga?"
" Maaf tuan............saya langsung tidak cakap waktunya," jawab pembantu rumahnya.
" Habis, macam mana isteri aku tahu aku pulang lewat? Apa kamu cakap?"
"Saya cuma cakap yang ketika tuan pulang..............
saya sedang ambil air sembahyang subuh
dan tak sempat tengok jam..........."

Lawak Orang Tak Betul

Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".

Lawak Sang Suami

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari ia marah besar kepada suaminya

"Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri.

"Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."

Monday, October 17, 2011

Lawak Tips Mendapat Anak Kembar

                                                           Semoga berhasil ya...   xD

Lawak Orang Terdesak

                                                        Anak siapa ler agaknyer yer.....   =)

Lawak Orang Kampong

Suatu hari seorang orang kampung yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc’Donalds.
Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper…maklumlah orang kampung..
sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30′an ditepinya… Ahmad namanya…
orang kampung itu pun merancang untuk mengorder seperti apa yang Ahmad minta …
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Orang kampung : Bagi Big Mac satu…
Ahmad : Air … Bagi air coke yer…
Orang kampung : Air … Bagi air coke yer…
(Ahmad pon menjeling pada orang kampung tersebut .. namun orang kampung tersebut buat tak tahu ajer)
Ahmad : ooo yer cik .. bagi ash-tray satu yer… (masa tu kat Mc donalds masih boleh merokok)
Orang kampung : ooo yer cik .. bagi ash-tray satu yer…
(Ahmad mula meradang lalu memarahi orang kampung tersebut)
Ahmad : hoi !!! yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah ??!! takder otak ker ??!!!!
(Nak tau aper orang kampung tu jawab? Lebih kurang begini aa~)
Orang kampung: Aper ?! kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray??!!

Lawak Budak Sekolah

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang
guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.
Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2. Lihat bagaimana saya akan Memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2.. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti
dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati.
Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. “Baik! lah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
“UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…
MINUMLAH ARAK…”

Lawak Pak Cik Teksi

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya.
Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melencong lalu
melanggar divider jalan.
Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap
“Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!”
Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:”saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi.” Dengan selamba pakcik itu menjawab:”mau tak terkejut..
Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH!!
kau faham2 sajalah!”

Lawak Description Budak Office

Outgoing Personality……….Always going out of the office
Great Presentation Skills……………….Able to bullshit
Good Communication Skills…….Spends lots of time on phone
Average Employee…………………………Not too bright
Exceptionally Well Qualified….Made no major blunders yet
Work is First Priority…………..Too ugly to get a date
Active Socially………………………….Drinks a lot
Family is Active Socially……………Spouse drinks, too
Independent Worker………..Nobody knows what he/she does
Quick Thinking………………..Offers plausible excuses
Careful Thinker………………….Won’t make a decision
Agressive………………………………….Obnoxious
Uses Logic on Difficult Jobs….Gets someone else to do it
Expresses Themselves Well……………….Speaks English
Meticulous Attention to Detail…………….A nit picker
Has Leadership Qualities…….Is tall or has a loud voice
Exceptionally Good Judgement…………………….Lucky
Keen Sense of Humour…………Knows a lot of dirty jokes
Career Minded……………………………Back Stabber

Lawak Seorang Makcik

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..
Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang.. jadi bas tu pun berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.. Sorang perompak berkata.. ” Keluarkan semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!”
Sorang pekerja kilang tu membalas.. “..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keje..duit pun sikit je..”
Perompak berfikir seketika.. “Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa..”
Pekerja kilang yang muda berkata.. ” Alalaa… takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..”
Tetiba..makcik tu berdiri..
” Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.. ! “

Lawak English Tunggang Langgang

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:
Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Lawak Suami Isteri

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga  dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih di sisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan, “Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di Universiti dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah “Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang… ayang masih di sisi abang.
“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5 juta hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.
Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakkan si isteri bertambah kuat…
Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!

Lawak Budak Kecik III

Cikgu: Hassan,sambungkan 2 ayat ni menjadi satu.”Ali menaiki basikal ke sekolah.Ali ternampak mayat’.
Hassan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Lawak Budak Kecik II

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka menyendiri. Cikgu yang paling dia takut ialah Cikgu Kumar, guru matematik sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.
Suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan congak anak muridnya. Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. Semua murid mesti jawab spontan...
Bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking
"5 + 5 berapa? Cepat!!!!!."
Sani cuba mengira secara sorok. Dia memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghitung… rasa nak terkencing pun ada sebab takut…
Sir Kumar senyum melihat telatah Sani.
"Cepat Sani.. 5 + 5 berapa..!!"
"11 cikgu…"
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas… .

Lawak Bangang

msft.jpg
Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?
User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.
Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?
User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
Microsoft: Hilang?
User: Ya, ia hilang.
Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?
User: Kosong, tak ada apa-apa.
Microsoft: Tak ada apa-apa?
User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.
Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?
User: Macam mana saya nak tau?”
Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?
User: Apa tu si-perom?
Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?
User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.
Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?
User: Monitor tu apa?
Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?
User: Saya tak tahu.
Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?
User: Rasa-rasanya.
Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.
User: Yaa, terpasang.
Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?
User: Iya ke?.
Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.
User: Okay, jumpa dah.
Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.
User: Alamak tak sampai laa.
Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?
User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.
Microsoft: Gelap?
User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.
Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh? Kenapa?
User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.
Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?
User: Ada… saya simpan kat dalam almari.
Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.
User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?
Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.
User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?
Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.

Lawak Politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.
Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan.
Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.
Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.
Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.
Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.
Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.
Pagi paginya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :
“Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Lawak Orang Asli Lagi

Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina.
Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya “En., petai ini juallah kepada saya.”. Tapi orang asli itu enggan. Katanya “Saya sudah janji dengan Cina tadi”. “Dia akan datang mengambilnya petang nanti”.
“Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar”. Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.
Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. “Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata “Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga”.

Lawak Budak Kecik

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 5 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

Lawak Bengap

Seorang Boss membuat mesyuarat tergempar dengan pekerja-pekerjanya:
Boss : Oleh kerana masalah kegawatan ekonomi, saya memanggil anda semua untuk membincangkan bagaimana untuk mengurangkan kos syarikat ini.Ada sebarang idea?
Ajoi : (sambil angkat tangan dengan pantas) Potong gaji boss!

Lawak Nature 18 sx







Tumbuhan Apakah Ini? Sungguh mencurigakan... hehehehehehehe  xp

Lawak Gaya Tidur









Anda pula bagaimana??? keh keh keh keh  xB

Thursday, October 13, 2011

Lawak Pepatah

1.Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blahlah!!

Lawak Sang Anak

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Wednesday, October 12, 2011

Lawak Soalan Bocor

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) akan berjalan pada 13, 14 dan 15 September lalu. Kini hangat diperkatakan beberapa soalan Matematik telah bocor..Ia terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan hebat disebarkan di internet
Soalan Matematik yang dikatakan itu adalah seperti di bawah :



Lawak Sammy Vellu lagi

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."

Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......

Thursday, October 6, 2011

Lawak Tak Sedar Diri III

Tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu.

Tok Imam: budak, mai sini sat.
Budak: ye tok imam, naper ni?
Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apo?
Budak: mak tak bg.

Tok imam tu pun menggelengkan kepala lalu memberi wang kepada budak tu tadi.

Tok imam: hang p bagi kat mak, ni 10 ringgit, suruh p beli seluar.
budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah...

kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak pompuan itu td

Tok imam: awat tak pakai seluar?
budak pompuan: mak tak bagi.
Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik, duit ni 20 ringgit  p bg kat mak sruh beli seluar.

ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... emak dier berfikirlah lagi..."klo budak kecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. tok imam aper lagi.... geleng. terus.die pun panggil la mak budak itu.

Tok imam: awat hang tak pakai seluar?
Mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.

... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit...
Tok Imam: nah! amik dua posen ni, p beli gillette(Mate pencukur),cukuq bulu lebat tu....

Wednesday, October 5, 2011

Lawak Tak Sedar Diri II

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai...
bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... "
kerana kesal dibanding² si anak pun menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......"
bapa : ??

Lawak Orang Temberang

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak Tak Sedar Diri

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Tuesday, October 4, 2011

Lawak Penterjemah

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : cepat bagi tahu, kalau tidak Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu akhirnya menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu di mana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah… “

Lawak Katak Hijau

Pada suatu hari kita pegi ke sebuah gua.
Penjaga gua tu kate, dlm gua tu ada katak hijau.
jgn pijak katak tu sbb kalau pijak, nanti dpt suami tak hensem.
Di jadikan cerita, suatu hari dlm gua tu saya je terpijak katak ijau,
tapi kawan saya tidak.
pastu, tiba masa saya kawin. suami saya mmg tak hensem.
tapi suami kawan saya hensem. saya tak puas hati la!
so, saya pun tanya suami kawan saya; kenapa dia kawin ngan kawan saya?
saya lg cantik malah berganda cantik dr kawan saya.
pastu dia pun jwb
"nak wat camner, dulu saya pun terpijak katak hijau tuu…"

Lawak Orang Kita

KENTUT


org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!