Wednesday, February 27, 2013

Lawak Sadis

Lelaki: "Berapa kos kahwin agak-agak, kalau saya nak kahwin dengan awak?"

Pompuan: "Tak banyak. Dalam RM40 ribu la. Saya ingat nak majlis kahwin tu dekat hall hotel. Tade la grand sangat. So-so la. Tapi, kalau RM50 ribu kira ok la gak. Not bad lah. Kawan saya buat RM60 ribu. Complete package. Dari beli pakaian pengantin not sewa ok, persandingan, pelamin, kanvas kanopi, pakej gambar RM3k, pakej video RM5k, siap ada theme color pakaian sampai khemah warna sedondon. Ala..kira ok la..RM60 ribu je lah.. Just nice lah.. "

Lelaki: "Ok. Lulus."

Pompuan: "yes!!"

Lelaki: "Lulus piawaian untuk dapat doa dari saya. "Ya Allah! Jadikanlah dia ni andartu. Amin."

Lawak Keluarga Gangster II

Mak : aiman ! Diam la . Adik
tengah tido nie !
Aiman : lu kasi gua mati dulu lah
bru gua diam !
Ayah : aiman ! Nie mak kamu tau
tak !
Aiman : sekarang gua x kira lu
mak long ka ,mak ngah ka , ni
rumah gua pegang !

... Tak lama kemudian,adik bangun
dari tido...

Aiman : mainan ni abang punya
lah , bak sini mainan abang !
Adik : abang x abang ! sape kacau
aku pecah !
(pastu mak menyampuk)

Mak : Hey!!! Kalau aku sembelih 18
bru ko tau tentang penyesalan!!!

Ni keluarga telampau tengok KL GANGSTER Nie

Lawak Kekasih

GF : syg....sebesar mana cintamu padaku ??
BF: Cintaku padamu bagaikan HandPhone, Kamu adalah sim kadnya dan aku adalah handphonenya.
Tanpamu, aku tidak bererti sayang !!
GF: Wow!! So sweeeett....hehehe...sayang kamu.... (bangga)
BF: (dalam hati) Syukur dia tak perasan kalau HP sekarang ada dua sim kad!!

Friday, January 18, 2013

Lawak Ganas Budak sekarang

Di sebuah Sekolah Dasar :

Guru : "anak-anak... coba sebutkan, apa saja yang dapat dihisap...!"

Murid-1 : "Permeeeeen buuu...."
Guru : "Betuuul...siapa lagi ?"
Murid-2 : "Cokelat bu guruuu..."
Guru : "Yaaa...benaaar, ada lagi...?"
Murid-3 : "Lampu bu guruuuu....!"
Guru : (@?#?)???) "Lho kok bisa lampu ?"
Murid-3 : "Semalam saya dengar mama bisik-bisik...Paaa... lampunya dimatikan saja, mau saya hisap..."
Guru : "haaah...murid kurang ajaaar....keluaaaaar kamu !!!"

Monday, January 7, 2013

Lawak Kat Pokok Mangga

Suatu malam, ada seorang anak kecil mencuri mangga dari pohon milik tetangganya dan saatnya mencuri itu, dia diketahui oleh si pemilik pohon tersebut lalu si pemilik pokok itu berkata dengan nada berteriak :

"Hei ! anak kurang ajar! turun kau dari pokok mangga aku sekarang.. kecik2 dah pandai mencuri.. Awas kau !
aku report kat bapak kau nanti..!!"

Tetapi si anak bukannya segera turun malah dia mendongak ke atas pokok sambil berkata : ...

"Pak, cepat turun, Pak. kita sudah kANTOI dah ni!"

Lawak Bendul

Mie : Aku nak kawin la Joi
Joi : dengan budak mana?
Mie : satu pejabat
Joi : Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!
Mie : awat lak haram? hang ni terikut ajaran sesat nie
Joi : aku ada dengaq ceramah gak kot kat mesjid.
Mie : ok habaq mai sebab pa jadi haram?
Joi : Islam suruh kawin paling ramai 4 orang ja. kalau dah satu pejabat ada 20-30 org perempuan, tu kan ke haram.

Lawak FB

Mak : "Eh kau nak pergi mana ni pakai lawa-lawa?"

Anak : "Pergi tandas mak, nak tukar Facebook punya profile picture".

Mak: Kelas kau Nakk~~

Lawak Bakal Menantu

betuah punya bakal menantu!

Bapa pengantin: Kamu nak bawa isteri kamu tinggal mana lepas kahwin?

Bakal menantu: Saya akan ikut kehendak anak pak ciklah.

Bapa pengantin: Majlis bagaimana kamu kehendaki bagi meraikan hari perkahwinan tu nanti?

Bakal menantu: Saya ikutkan saja kehendak isteri pak cik.

Bapa pengantin: Bagaimana kamu hendak menanggung isteri dan keluarga kamu nanti?

Bakal menantu: Yang ini saya serahkan pada pak ciklah!!!

Lawak Hadiah

Budin : Sudin, Awek aku sambut birthday hari ni, nak kasi hadiah apa ek?

Sudin : Orangnya tu ciri2nya macam mana?

Budin : Orangnya Cantik, Putih, Sexy, Tinggi, Manja, Romantik..bla..bla..

Sudin : cemane kalo kasi dia nombor Handpon aku je? :D

Budin : CEEETAN!!

Lawak Fakta Pembeli

abu: pakcik,berapa harga sebiji pisang ni?

penjual: seringgit je

abu: boleh tak jual kt saya 60 sen je?

penjual: kalau 60 sen tu boleh beli kulit je dik oii

abu: kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya la 40 sen kn?pakcik boleh simpan kulitnya

penjual: @#$@#$

Lawak Lempang Free

Ambil gambar

Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang sekeping gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang makcik.

Abu : Makcik, tolong selak kain, saya nak ambik gambar.

Makcik : Apa kamu ckp?!

Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana dilempang sebanyak 8 das oleh makcik itu di depan org2 ramai.

Lawak Guru

Ahmad : cikgu, kenapa matahari cuma ada satu tapi bintang ada banyak?

Cikgu : satu pun kamu dah sunburn sampai hitam macam ni, apatah lg kalau banyak!

Lawak Orang Rumah

Isteri : Awak tolong bunuh lipas nih, geli la.

Suami : Ape arrr , lipas pun geli ? *Lipas buka sayap*

Suami : '' Sayanggggg !, Tolonggggg ! ''

Lawak Budak Tadika

Cikgu: Murid2… tahukah kamu binatang apa yg suka makan ikan?
Murid: Kucing cikgu..
Cikgu: Bagus. boleh bagitahu cikgu, kucing ada berapa mata?
Murid: Dua Cikgu..
Cikgu: Pandai! sekarang bagitahu kucing ada berapa kaki?
Murid: Empat cikguuu..
Cikgu: Pandaaaii.. sekarang bagitahu cikgu, kucing ada berapa telinga? 


tetibe seorang murid berdiri.
 

Murid: cikgu, boleh saya tanya satu soalan?
Cikgu: Boleh. Tanya lah. (sambil tersenyum)
 

Murid: CIKGU TAK PERNAH TENGOK KUCING KE??!!!
Cikgu: ##@#$%Z&~~