Tuesday, March 6, 2012

Lawak Polis

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh... Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt." Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ... ... ... ... diiringi bau wangi yg menusuk hidungku... Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas... ..

***PERHATIAN! !!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...











Lalu aku tertawa sendiri... "Rupa-rupanya bunyi perfume dispenser" buat suspen jerrrrrrrr..

Lawak Pensyarah

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ......

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

Lawak Budak bercerita

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas
ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.


Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ??????

Lawak Lelaki GS

Ada la sepasang suami isteri hidup di sebuah pekan..

Nk dijadikan cerita, si suami selalu pukul isteri dia..pukul guna tangan, kaki, sepak, terajang, penampar, sumer skali lar..

bini amat lah x tahan dek selalu sgt kene pukul...jd, dia pn pergila mintak cerai fasakh kat mahkamah..dapat la dia cerai...

lepas je bberapa bulan, dia pn nk cari laki baru...

cari kat internet plak 2...zaman kan dah moden...

dia tulis la ciri-ciri yg dia nk.. first, dia nk suami yg baik2 je...x pukul gn tgn, kaki, penampar, sepak n terajang...

kedua plak, dia nk yg kuat SEKS je..

nk dijadikan kisah, dtg la seorang lelaki, xde tangan, xde kaki....

KETUK la pintu umah perempuan 2...

Tok, tok, tok"....

perempuan 2 pn buka la pintu,

perempuan : ya, encik ada apa dtg jumpa sy?

laki : Saya nak jadi calon suami awak"...

psal x nk hampakan laki ni... dia jawab la "Ok"

perempuan : "Awak ada memenuhi ciri-ciri yg sy tulis dlm internet 2 ke?"

dgn sedih, laki 2 jawab : saya xde tgn, xde kaki, mcm mn sy nk pukul awk.."

perempuan : ok.., awk ni kuat SEKS?

laki 2 pn tunduk.....,

dengan perasaan malu, laki jawab : cuba awak pkir, sy KETUK pintu umah awk guna ape?

Lawak Burung Kakak Tua III

Burung Kakak Tua yang Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu... )

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat... ."BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang..... Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi..."PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgi-cikgi tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi...sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgi pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgi kedua menjawab "Tak tau pulak ... . ahli sihir ke apa ntah... .." . Cikgi ketiga mencelah "Alah..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... " Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu... . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... ....."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya. Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... . Burung pun tengok... . dia jerit lagi..KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... Cikgi pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... . heh, apa nak buat hah?". Cikgi kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... ".Cikgi ketiga... ."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas depa... .. Keesokan harinya... ... sama juga... . bila<> HITAM!!HITAM!!HITAM!!!!"

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... .di sekolah mereka berbincang... . cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent... "Cikgi kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... .".Cikgi ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung." "Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok... . ditenungnye lama-lama... cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... . dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu... .dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... ..dah tu dia pandang ke depan balik... . dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... ..dia cekak pinggang... .. dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum... ..dia jerit lagi kuat kali ni...

LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer... .. Razz

*cikgi=ganti nama pd cikgu pompuan yek...

Lawak Bangang

Kejadian ini berlaku di antara seorang bos berbangsa cina dan pekerja nya berbangsa melayu.

Bos : ajo, mali kita makan?

Ajo : ok2..jom..tempat mamak biasa ok bos?

Bos : aiyaa..hali hali makan mamak..boring woo..hali ni kita makan kedai cina..

ajo : mana boleh bos,haram..

bos: aiya..tak pa..u order air saja..makan, lu singgah mamak tapau..hah?

ajo: ok2..

sampai di kedai cina,bos ni pun order la sup babi( pork soup)

bila sampai, baunya memang semerbak..terliur jugak la si ajo ni..

sambil makan mereka bersembang..si ajo ni pulak memang tak tahan, lapar sangat..

tetiba dia mencapai sudu lalu mencedok di dalam mangkuk sup tersebut.

bos: oi ajo,itu sup babi maa...u mana boleh makan..

ajo : takpaaa...saya minum kuah sajaaa...

Lawak Pembesar

Sewaktu Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini.. dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaikisebuah kereta mewah.

Pemandu kereta mewah itu tiba2 berkata..."Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini.. saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush..

"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. kalau saya mahu keluar kemana-manapastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu.."Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian merekapun bertukar tempat.

Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.

Tetapi bila sampai di persimpangan pertama.. Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut.

Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Bush..dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"

Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis. "tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!"

Lawak Sang Suami

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."

Lawak Kat Zoo Negara

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Abu: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Abu: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Abu: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.

Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya "Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!."

Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. "La.. orang jugak ke..."

Lawak 25 sebab Suami mental

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Lawak Is Three

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan ?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi..

Lawak Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"