Wednesday, September 9, 2015

Lawak Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Lawak Samdol

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Lawak Professor

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya Petugas TNB"

Lawak Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya..."