Thursday, October 6, 2011

Lawak Tak Sedar Diri III

Tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu.

Tok Imam: budak, mai sini sat.
Budak: ye tok imam, naper ni?
Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apo?
Budak: mak tak bg.

Tok imam tu pun menggelengkan kepala lalu memberi wang kepada budak tu tadi.

Tok imam: hang p bagi kat mak, ni 10 ringgit, suruh p beli seluar.
budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah...

kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak pompuan itu td

Tok imam: awat tak pakai seluar?
budak pompuan: mak tak bagi.
Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik, duit ni 20 ringgit  p bg kat mak sruh beli seluar.

ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... emak dier berfikirlah lagi..."klo budak kecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. tok imam aper lagi.... geleng. terus.die pun panggil la mak budak itu.

Tok imam: awat hang tak pakai seluar?
Mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.

... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit...
Tok Imam: nah! amik dua posen ni, p beli gillette(Mate pencukur),cukuq bulu lebat tu....

Wednesday, October 5, 2011

Lawak Tak Sedar Diri II

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai...
bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... "
kerana kesal dibanding² si anak pun menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......"
bapa : ??

Lawak Orang Temberang

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak Tak Sedar Diri

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Tuesday, October 4, 2011

Lawak Penterjemah

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : cepat bagi tahu, kalau tidak Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu akhirnya menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu di mana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah… “

Lawak Katak Hijau

Pada suatu hari kita pegi ke sebuah gua.
Penjaga gua tu kate, dlm gua tu ada katak hijau.
jgn pijak katak tu sbb kalau pijak, nanti dpt suami tak hensem.
Di jadikan cerita, suatu hari dlm gua tu saya je terpijak katak ijau,
tapi kawan saya tidak.
pastu, tiba masa saya kawin. suami saya mmg tak hensem.
tapi suami kawan saya hensem. saya tak puas hati la!
so, saya pun tanya suami kawan saya; kenapa dia kawin ngan kawan saya?
saya lg cantik malah berganda cantik dr kawan saya.
pastu dia pun jwb
"nak wat camner, dulu saya pun terpijak katak hijau tuu…"

Lawak Orang Kita

KENTUT


org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!