Monday, January 30, 2012

Lawak Doa Seorang Budak

Kemarin Simon mengundang keluarga Alvin untuk makan malam di rumah.
Isteri Simon pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala makanannya.
Ketika semua tamu telah datang, isteri Simon menyuruh anaknya yang berusia 6
tahun untuk membaca doa sebelum makan.
"Sayang, kamu yang baca doanya ya"
"Tapi Ma, doanya apa?" jawab Si kecil.
"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri Simon.
Puteri Simon pun menadah tangan dan berdoa …
"Ya Tuhanku, kenapa keluargaku harus mengundang keluarga Alvin untuk makan malam di sini..."

Lawak Cer V

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Lawak Cer IV

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it…"..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Lawak Cer III

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Lawak Cer II

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Lawak Cer

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Tuesday, January 10, 2012

Lawak Pantun @ Lagu Melayu

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap