Tuesday, January 31, 2012

Lawak Ragam Pembeli

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

Lawak Pak Pandir

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Lawak Penjual Daging

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang.
"Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya.
Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."

Lawak Budak Bendul

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di seberang.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Monday, January 30, 2012

Lawak Beruk Tadika

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

Lawak Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Lawak Jiran Sebelah

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah. "Ayah….Ibu …!!" teriaknya. "Jiran kita itu pasti orang miskin ….."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."