Monday, April 2, 2012

Lawak Kena Sebijik

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bass sambil merokok ditegur oleh seorang polis.
Polis : "Kenapa kamu merokok?"
Pelajar : "Saya suka, pak."
Polis : "Dari mana wang kamu untuk membeli rokok?"
Pelajar : "Dari uang jajan saya."
Polisi : "Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?"
Pelajar : "Paling satu bungkus dan harganya sekitar RM10.50, tok."
Polisi : "Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Coba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini."
Pelajar : "Sekarang saya boleh tanya sama tok?"
Polisi : "Tentu."
Pelajar : "Apakah tok merokok?"
Polisi : "Tentu tidak."
Pelajar : "Tapi saya tidak nampak motor tok?"

Lawak Giler Sang Istri

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

Lawak Budak Patuh

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan
di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok-syok bersembang tentang kerja,
tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.

lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak sudah pesan, kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tu..

Lawak Budak Kurang Asam!!

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama," kata gadis kecil itu..
"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT'"

Lawak Sang Ayah

Seorang anak ini bertanya kepada ayahnya..

anak:ayah tu burung ape?
ayah:burung hantu....
anak:burung ape?
ayah:burung hantu sayang...
anak:burung ape?
ayah:burung hantu nak.....
anak:burung ape?
ayah:burunglah, HANTU...

Lawak Kannibal


Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal, sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.

Lalu si anak pun berkata," Tengok Pak!! Adak mangsa!"
"Jangan!" kata ayahnya, "lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak. Lagikpun tentu adak penyakit."
Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk. Maka dengan girang, si anak pun berkata, " Wah, itu rezekik kitak Pak, tahan untuk duak hari !"
"Jangan!" kata ayahnya, " kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain ." Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi giler kat tempat mereka menunggu mangsa.

Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang, "Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih.." " Jangan!" sekali lagi ayahnya berkata, "Kitak tak akan makan perempuan inik." "Kenapa Pak?" tanya si anak. Lalu ayahnya pun menjawab, " Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup...., untuk santap malam inik, kitak makan saja ibu mu...."

Lawak Karangan


Di sebuah sekolah, seorang anak kepada seorang bintang filem terkenal diminta oleh gurunya menulis karangan tentang sebuah keluarga miskin. Beginilah karangan yang ditulisnya:

"Pada zaman dahulu kala ada sebuah keluarga miskin. Di mana ibunya miskin, ayahnya miskin, anak-anaknya miskin. Orang gajinya miskin, pemandunya miskin. Tukang kebunnya miskin, pengawal rumahnya miskin. Baby sitternya miskin. Semuanya miskin-miskin..."