Friday, September 30, 2011

Lawak 3 Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 5 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak.
"Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.
Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi secepat kilat jugak, tak sampai 3 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek
"Iya,nampak", yang dua ngangguk juga.
"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha ha ha ha ha ha ha".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjuk skill terbang macam cahaya. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai satu minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".
Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata ,
"korang nampak tiang lampu tu?" (sambil menunjuk tiang lampu dekat bandaraya yg amat ramai penduduknya)
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
dalam hati mereka memuji sakan. Gerenti suma dah habissss dia hapuskan!!!
" hah, kalau korang nak tau...dgn tiang lampu tu ler aku terlanggar!!!!".

Lawak Tak Der Chance

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.
Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.
Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.
Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.
Keesokan harinya anaknya datang melawat.
“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.
“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu jer masalah”
“Masalah apa ayah?”
“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

Lawak Pesakit Mental

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Lawak Demam Bola

Komunikasi kejar penjahat...

PolisA: Bola satu ke bola dua, kami kehilangan kereta saspek, over.

PolisB: Bola dua ke bola satu, satu bola disimpan referree, bola kedua ditendang laju, tapi ditangkap oleh penjaga gol, over!

PolisA: Hoi!, Apahal main2 ni....over?

PolisB: Saspek dah kami tangkap, jgn risau....GOOOOOAAAALLL!

PolisA (dlm hati): Pening, kerja ngan dia ni!

Lawak Essei

Sebuah pertandingan menulis esei telah dianjurkan dimana esei mesti menerapkan unsur-unsur kekeluargaan, klasik, dendam dan misteri. Salah satu penyertaan yang disingkir awal2 berbunyi seperti di bawah:

"Cis!! Pak Lang!!" ujar si satria. "aku akan menuntut bela!! tapi kenapa ye??"

Lawak Krew Jejak Rasul

KrewTV3 (jejak rasul) sampai kt satu kampung di Yaman. Landrover diorang tetiba mati, minyak abis.
Jurubahasa takde masa tu, diorang cakap arab main hentam je. Beberapa orang kampung nak tolong.

Krew A (tepuk bonet kereta):
"Engine-Innalillahhiwainalillahiroji'un"

Krew B (tunjuk tangki minyak):
"Petrol-Sodaqallah hul azim"

Pening semua pak Arab tu.

Lawak Seorang Pakcik III

Adalah sorang pakcik tua pergi makan pizza

Pelayan: encik nak potong pizza nie jadi 6 keping ke 4 keping?
orang tua: potong 4 lah sebab kalu 6 tak habis pulak nanti.
pelayan: ???????????????????????