Thursday, December 29, 2011

Lawak Perahu

Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass hilang,handphone pun takde!)

Perut pun terasa lapar,hari semakin gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut. Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik. Lantas,

"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"

Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!

Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad.

"Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebut

Abu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.

Dengan nada yg marah,orang itu berkata:

"Kami ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"

Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini.

"BUNUH MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.

Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.

Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu sedang dikelilingi orang kanibal.Abu begitu ketakutan sekali!

Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:

"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"

Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.

Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.

Abu sudah buntu!Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu..

"JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!

Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,

"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "

Lawak Asam Garam

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.


Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

Lawak Anak2 Yang Bahagia

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat". Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis "KFC". Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis "HINGGA MENJILAT JARI". Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis "PEPSI". Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR". Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis "STANDARD CHARTERED". Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu "BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!".

"Bahagianya si MURNI tu bang," kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis "AIR ASIA". Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

"Bahagia ke si SURI tu bang?" tanya Mak Minah pd Pak Mat.

"Ntah…" jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

"APA MOTTO IKLAN TU" tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap "7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!"

Lawak nyer Pengantin

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Wednesday, December 28, 2011

Lawak Sang Ibu

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??

Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...

Ibu: (malu)......

Lawak Salah Faham

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia)Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.

"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. "Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang...

"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???"terkejut si isteri.

"Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.. "awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!


Lawak 'Statue'

"Sepasang patung telanjang laki laki dan wanita, berdiri berhadap hadapan selama berpuluh puluh tahun di sebuah taman. Tanpa dapat melakukan apapun yang dikehendaki."
Suatu hari, datang la sang pari pari, dan dia merasa hiba dengan kedua patung tersebut, yang hanya boleh berdiri dan saling memandang je sesama sendiri.
Maka sang pari pari pun menyihir mereka menjadi hidup dan mengizinkan mereka melakukan ape-ape saje yang sangat mereka inginkan.
"Bagaimana?" tanya patung laki laki.
"Jom kita lakukan," sahut patung wanita.
Mereka pun menghilang dibalik semak semak, tak lama terdengarlah jeritan kecil dan suara tawa cekikikan, tetapi hal ini tidak berlangsung lama, saat kembali keluar dari semak, sang pari pari yang hairan berkata, "Waktu kalian masih panjang, manfaatkanlah waktu kalian, tak usah terburu buru…"
"Ini sudah bagus, waktu masih panjang lagi ?"
Dengan gembira kembali mereka ke semak semak.
"Jom kita sambung balik, aku tak puas lagi nih!" kata patung laki laki, "sekarang giliran kau yang pegang burung merpati sialan itu, biar aku pula yang berak kepalanya"


p/s:x baik dendam burung walaupun burung tersebut berak atas kita..redha jer..haha


Lawak 'Warmer'

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..
Suami : "Ayang.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata "inilah sarapan pagi abang"
Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..
Isteri : " Ada apa abang balik ke rumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan
mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"
Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap
isterinya yang duduk tanpa pakaian di atas periuk nasi yang panas membara..
lalu betanya..
Suami : "Awak sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makan malam abang!"

Tuesday, December 27, 2011

Lawak Ganti Pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."

Lawak Org Tak Betul

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Lawak Budak Budak

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"

Lawak Suami Isteri II



Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Ahmad jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Ahmad: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Ahmad: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Ahmad: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

Lawak Suami Isteri

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!

Lawak Anak Beranak

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

"Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.

"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

Lawak Mat Rempit

Aku ada satu pengalaman nak kongsi dengan korang. Cerita ni berlaku tahun 2002. Masa tu aku suka pegi mandi Templer Park (air terjun popular kat Rawang) dengan kawan-kawan. Dengan bermodalkan helmet besar yang aku pinjam dari bapak aku, so kita orang merempit la gi sana dengan motor 100 sport member aku yg dah modify double ekzos dan class tangan.

Tujuan kita orang nak mandi la, sambil-sambil cari jodoh. Sampai kat tempat parking kita orang tengok ramai awek lepak kat tepi parking. Member aku pun apa lagi rem moto kuat-kuat nak tarik perhatian la konon. Aku yang jadi pembonceng peluk kuat-kuat badan dia. Aku dah tau dia mesti nak velly nye.

Sampai satu tempat dia wat u-turn nak velly. Lepas tu korang nak tau apa jadi? Dia velly moto tu 90 darjah menegak dengan bangganya.

Korang tengok memang gaya expert tapi aku kat belakang dia peluk dia sambil berlari lebih kurang 20 meter.

Tambah pulak helmet yang aku pakai tadi dah berpusing tak nampak jalan. Bayangkan time tu aku hanya mampu memeluk sambil berharap member aku turunkan semula motor. Lepas dia turunkan moto dengan bangganya.

Time tu aku dengar riuh mat-mat rempit yang lain dah ketawa terbahak-bahak tengok kita orang. Member-member aku yang lain sampai pecah perut gelakkan aku. Cis... lepas pada tu aku dah insaf nak tumpang mat rempit. Sekarang dah lebih 7 tahun aku tak pergi sana tapi bukan sebab malu beb, tapi tak ada masa...ok....



Lawak Pilihan

Alkisah adalah seorang penjahat yang tersesat di sebuah pulau terpencil. dan di pulau itu hiduplah banyak suku yang kejam dan kanibal, kemudian ketika dia berusaha keluar dari pulau itu dia pun tertangkap oleh salah satu suku!
Kerana terlalu takut nya dia pun berteriak minta tolong dan datanglah kepala suku
Kepala suku memberikan dua pilihan:
1. Dihukum mati
2. Dihukum berat tapi setelah itu dilepaskan
Maka dengan spontan sang penjahat memilih pilihan kedua, dan kemudian dia mendapati hukumanya adalah di sodomi oleh 100 lelaki dan dia benar2 mengeluh kesakitan dan tak bisa jalan.
setelah selesai menjalani hukuman maka dia dilepaskan….
namun saat dia dilepaskan dari suku pertama, sialnya dia ditangkap oleh suku ke dua pula dan diberikan pilihan yg sama seperti sebelumnya.
Sang Penjahat pun berpikir, lebih baik aku mati daripada aku harus di sodomi sampai kesakitan dan harga diriku hancur serta kesucianku di pijak2.
dengan tegas dia menjawab "saya memilih dihukum mati!!!!"
Berkatalah Ketua Suku Kedua; "Maka hukumanya adalah DISODOMI SAMPAI MATI"

Lawak Potret

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?".
"Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu.
Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu.
Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker?" 
"Bukan" jawab si wanita tu.
"Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?"
"Bukan jugak" jawab wanita tu lagi.
"Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?


Wednesday, December 21, 2011

Lawak Pelawak

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Lawak Sang Nenek

Korang pernah dgr or baca tak citer atok & nenek ni??? citer tu macam ni la.... 

Malam pertama - nenek pakai baju nipis. Atok x terkejut. 
Malam kedua - nenek pakai mini skirt. Atok buat slamber jer... 
Malam ketiga - nenek berbogel! Atok pun bersuara
"Apa ne?? Pakai baju kedut2!! Kalau iya pun, pi ler gosok baju tu dulu!!" 



Lawak Nak Kurus

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. 
Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, 
"Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'. 
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. 
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya.Selang 2 minit kemudian,
datang lah seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. 

Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah x senang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan boleh buat aaaaapa saja dgn saya... 
hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu.
 
Mamat tadi pun berlari dan mengejar, sampai 10 minit, x dapat2 jugak. 
Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai.. pengsan. 
Apabila dia sedar, dia terus ke mesin penimbang dan mendapati berat badannya telah turun 3kg. 
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.
 
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. 
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO.6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. 

Setelah beberapa minit di dalam bilik itu, datanglah seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. 
Body-builder itu berkata, "Kalau saya dapat kejar kamu saya boleh buat aaaapa saja dengan kamu... hik hik hik hik...."



Mamat itu pun berlari macam tak cukup tanah!!!

Tuesday, December 20, 2011

Lawak Polis

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!
Perompak: ok...ok...
Polis: Angkat tangan!!!!!
Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?
Polis: @#$%&!*(bengang)

Lawak Doktor Mental

Seorang gadis berusia awal 20an menemui seorang doktor pakar jiwa.

"Doktor, saya rasa teramat marah yg sangat-sangat dgn boyfreind saya hinggakan saya memanggilnya manusia bangsat Ada kalanya saya rasa ianya keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa sememangnya patut saya memanggil dia macamtu.."

"Hmm.. panggilan itu sememangnya satu kejian & hinaan yg agak melampau untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu ada sebab
tersendiri sehingga memangilnya sedemikian. Ceritakan & luahkanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."

"Ya memang ada.. pd satu malam kami berduaan di tepi pantai dalam kereta.

Dia pegang tangan saya."

"Dia pegang tangan kamu macam ni ke?"

"Ya. Macam yg doktor buat nilah caranya"

"Kalau hanya sebab ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mahu berengang dgn kamu…"

"Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya…"

"Dia buat macam ni ke?"

"Ya. Macam ni lah dia peluk saya doktor.."

"Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdamping dgn kamu."

"Kemudian dia cium saya.."

"Dia cium kamu macam ni ke?"

"Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor buat."

"Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat.Itu tandanya dia sayangkan kamu."

"Kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam baju saya & meraba2 buah dada saya doktor.."

"Dia buat macam ni ke?"

"Ya.Macam doktor buat inilah cara dia memperlakukannya.."

"Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu.."

"Kemudian dia menanggalkan kesemua pakaian saya satu persatu.."

"Adakah kamu membantah tindakannya?"

"Tidak. malah saya merelakannya sebab saya sayangkan dia.."

"Dia tanggalkan pakaian kamu macam ni ker?"

"Ya. Sampai saya berbogel sepenuhnya macam sekarang ni doktor…"

"Itu masih belum patut dipanggil bangsat kerana apa yg dia buat sebab nak mengenali diri kamu sepenuhnya"

"Kemudian dia mencumbui saya lalu mengadakan hubungan seksual sepenuhnya dgn saya…"
…..

…..

…..

"Dia buat macam yg kita buat tadi ker?"

"Ya. Memang itulah yg kami lakukan ketika itu"

"Itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu."

"Kemudian dia memberitahu saya yg dia sebenarnya ada AIDS"

"CHESSSS!!!!! MANUSIA BANGSAAAATTTTT!!!!!"

Semua pekerja klinik terkejut dgn jeritan doktor pakar sakit jiwa itu..

Lawak Foto





















Monday, December 19, 2011

Lawak Si Usop

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul

Lawak Salah Wish

Al-Kisah...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.

Lawak Bengap

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam
bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah
untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan
berkata,
"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar)
jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,
"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Lawak Haruman

Suatu hari seorang pemuda menaiki lif menuju ke tingkat lapan.
Tiba di tingkat satu, masuk seorang gadis sambil menyembur minyak harum jenama DKNY Limited Edition.
Menyedari kelakuannya diperhatikan, gadis itu pun bersuara
"Ne perfume baru. Mahal tau. $100 untuk 50ml" tanpa disuruh gadis itu ramah bercerita.

Dalam hati pemuda itu menyumpah kerana menyampah! Kerek!!!

Sampai di tingkat dua, seorang wanita awal 30'an pula masuk.
Wanita itu pun menyemburkan minyak harum jenama Issey Miyake De Latest. Menerawang satu lif keharumannya.
Menyedari dirinya digerling dia pun bersuara; "Sorry baru beli. Mahal you. $111 utk 35ml. Wangi tak?"

Pemuda itu semakin menyampah. Maha kerek!!!! Tapi sumpahan itu hanya bergema di dalam hati.

Bila sampai di tingkat lapan, sebelum keluar, pemuda itu sempat menyemburkan 'hangin asli" hadiah kepada dua perempuan tersebut.
"Ha, kalau nak tau, ne 'Telur Rebus Kedai Mamak'. Tak Mahal, 50 sen jer" sambil meninggalkan dua perempuan kerek yang termuntah muntah di dalam lif.

Lawak Pemanggil

Suatu ketika 
Pemanggil: hello, may i talk to Mr Brown?
 
Menjawab: owh, this is Mr Grey.... 
Pemanggil: Opps! Sory. Wrong colour.

Wednesday, December 14, 2011

Lawak Buang Karan Betul

Pada suatu hari ada seorg nenek bercerita pada cucunyer begini ceritanyer

Pada suatu hari di sebuah rumah ada seorg nenek dan seorg cucunyer dan Sang nenek bercerita

Pada suatu hari ada seorg nenek dan seorg cucu dan nenek mempunyai sebuah cerita

Pada suatu hari seorang nenek dan seorang cucu,dan nenek mempunyai sebuah cerita

Begini certinya,
Pada suatu hari ada seorang nenek dan seorang cucu,dan nenek mempunyai sebuah cerita. begini ceritanya,

Pada suatu hari seorang nenek.....

Wednesday, December 7, 2011

Lawak tattoo nampak real

Lelaki pertama membuka bajunyer sambil menayangkan tattoo di dadanya berupa geruda sambil berkata
"Lihat tattoo ku. Nampak seperti hidupkan?" (sambil menggerak gerakan otot otot di dadanya)

Lelaki kedua tidak ingin mengalah begitu saja. Beliau pun membuka bajunya sambil menunjukkan tatu naga yang ada bermula dari bahu belakang sebelah kiri hingga ke kanan sambil menggerakkan otot otot pejal beliau.
"Lihat! Ternyata Tattoo nagaku seolah olah hidup dan bergerak bila aku bersenam seperti ini"

Mana kala lelaki ketiga hanya berdiam. Memandangkan tidak ingin turut serta, lelaki pertama dan kedua pun mengoyakkan baju beliau kerana ingin melihat tattoo apa yg telah beliau miliki.

Ternyata lelaki ke tiga hanya mempunyai tattoo sebiji kelapa di kiri dan kanan beliau.
Lelaki pertama dan kedua gelak sakan.

Dan lelaki ketiga pun bersuara "Ternyata Geruda dan Naga tidak dapat menandingi Tattoo kelapa ku..."
Ke dua dua lelaki tersebut terdiam.

"Bila aku mendepangkan tangan ku begini (seperti mengepak) akar akar kelapa pun kelihatan seperti real"
(bermaksud, bulu ketiak beliau nampak seolah olah akar pada kelapa).

Thursday, November 24, 2011

Lawaknyer Susy

Seorang lelaki memperhatikan dengan tekun seorang perempuan yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak perempuannya yang masih kecil. Si anak yang asyiknya duduk di dalam troli yang didorong ibunya.

Ketika melewati bahagian kek, si kecil yang berusia tiga tahun itu merengek-rengek minta dibelikan. Si ibu menolak. Si kecil mula menangis. Dengan suara yang ditahan tahan, si ibu pun berkata, "Tenang Susy, tinggal tiga rug lagi, jangan marah, ya. Kejap jer."

Kemudian mereka melewati bahagian gula gula. Si kecil merengek lagi dan berteriak minta dibelikan gula gula. Si ibu menolaknya dan si kecil mulai menangis. Si ibu berkata, "Sabar, sabar, Susy, tinggal dua rug lagi dan kita akan keluar dari tempat ini."

Akhirnya lorong terakhir dilewati dan sekarang mereka harus beratur menuju ke cashier.
Si kecil menyadari ibunya tidak membelikan kek mahupun gula gula untuknya. Ia pun menangis dan menabur naburkan segala pembelian ibunya. Si ibu dengan sabar berkata, "Sabar Susy, kita akan ke cashier dalam 5 minit lagi. Selepas itu kamu akan pulang dan boleh tidur siang dengan nyenyak sekali."

Si lelaki yang melihat kejadian itu terkesima dengan kesabaran si ibu.
Ia pun membuntutinya hingga ke tempat letak kereta untuk memberikan pujian.
"Luar biasa! anda begitu sabar menghadapi si kecil Susy ya," katanya.

Si ibu menjawab, "Saya Susy. Anak saya Lili......kenapa?" (jawabnya hairan)

Lawak Seorang Teman

Kepada: Teman baikku ...

Sahabat,
dengan wang engkau dapat ...
Membeli tempat tidur,
tapi tidak dapat membeli "tidur nyenyak".

Membeli sebuah jam,
tapi tidak dapat membeli waktu.

Membeli sebuah buku,
tapi tidak dapat membeli pengetahuan.

Membeli posisi yang bagus dalam pekerjaan,
tapi tidak dapat membeli kehormatan.

Membeli perubatan,
tapi tidak dapat membeli kesehatan.

Membeli darah,
tapi tidak dapat membeli kehidupan.

Jadi wang bukanlah segalanya ....
Bahkan wang terkadang membuatmu merasa sakit dan menderita.

Aku mengkhabarkan hal ini kepada kalian semua,
karena aku adalah temanmu,
dan sebagai teman,
aku ingin menyingkirkan semua rasa sakit
dan penderitaan yang engkau alami.

Jadi,
segera kirimkan semua wangmu kepadaku
karena aku rela menderita untukmu.

Salam manis,
Temanmu yang baik hati

Monday, November 21, 2011

Lawak Anak Beranak

ini diantara perbualan antara anak dan bapa;

anak : ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (dgn penuh kasih syg, si ayah menjawab sambil tersenyum) oh..siput babi nak...

anak : (si anak pula tanya lg) ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (diusap2 kepala anaknya, sambil menjawab) siput babi nak..

anak: (si anak tanya lg x pandai abis2) ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (dgn nada sedikit keras) siput babi nak..

anak: (si anak pula terus bertanya) ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (dgn nada yg marah) siputtt laaaa babiiiiiiiii!!

Lawak Permintaan Terakhir

Permintaan Terakhir seorang penjenayah yang dikenakan hukuman mati mandatori di Kerusi Eletrik.

Petugas: Wahai Si Polan, apakah  kamu ada permintaan terakhir?
Penjenayah: Maukah kamu memegang tanganku?

Lawak Sosej

Ada kisah seorang anak yang diberi
peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak
dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk
anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya
diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk
berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada
gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia
cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau
tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.
Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu,
buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi
sosej....

Bapak: Itu
teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32
tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor...
menyusahkan plak tu...

 
p/s: kepada yang tak faham, sila abaikan...

Lawak Balik Kampong

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah,cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah taksabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun
terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya
mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak
dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang,sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks sayang..tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok ha abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia
terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak?
Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak? Liza..." Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya berbuat macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Telefon Unik








Tumbuhan Gergasi