Monday, September 3, 2012

Lawak Bengap

Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Tingtong, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibu kota negara.

Cikgu : "Zara, cuba sebutkan ibukota Britain?"

Zara : "London, Cikgu!"

Cikgu : "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

Apis : "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

Cikgu : "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

Lola : "Lima, Cikgu!"

Cikgu : "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

Lola : @?@$#!

Lawak Sadis Seorang Budak

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.
Datang seorang budak kecil duduk disebelah.
Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya.
Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.
Si tua memerhatikan sekian lama.
Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-9, dia pun mencelah,
Lelaki Tua: "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"
Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.
Lelaki Tua: "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi jadi rosak!"
Budak Kecil: "Datuk saya pun ada nasihat juga."
Lelaki Tua: "Dia pun kata jangan makan makanan ringan kan?"
Budak Kecil: "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

Lawaknyer Pakcik

Demikian adanya.Rahsia Menangkap Ikan Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

Lawak Anak Ular

Seekor ular kecil bertanya kepada ibunya, 
Anak : "Ibu apakah kita ini ular yang beracun?
Ibu : "Oh tentu anakku. Jadi kalau ada yang mencoba mengganggumu, gigit saja maka pasti ia akan mati karena racun dalam bisa kita," jawab ibunya dengan yakin. 
Anak : "Oooops ....." sahut si ular kecil." 
Ibu : Kenapa, Nak ... kamu menggigit sesuatu??!!!"
Anak : "Ah ... bagaimana kalau aku terggigit lidahku sendiri?"
Ibu : ????###????...

Lawak Menteri

Pada sebuah Convention antara Menteri-menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sedunia di Putrajaya. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’ sambil berbual tentang kehebatan teknologi negara masing-masing.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 6 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 12 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 20 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS.!

Lawak Seorang Pakcik

ADA seorang pemandu teksi. Bertanya kepada seorang penumpangnya yang kelihatan seperti sudah berusia(separuh abad).
Meskipun begitu, badannya masih tegap dan masih kuat berdiri.

Pemandu Teksi : Pakcik hendak ke mana?

Penumpang : Pakcik hendak ke bukit (Senyum). Anak boleh hantar pakcik ke sana ke?

Pemandu Teksi : Bolehh...Tapi pakcik kene bayar duit dulu.

Penumpang : Apa.!! Duit dulu? Pakcik tak ada duit dulu. Tapi duit sekarang adalah...

Pemandu Teksi : &*(^%^

Lawak Pelanggan

Suatu pagi seorang gadis membawa  termos  singgah di sebuah  Kedai Kopi  untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.



Gadis : "Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?”

Pelayan : “Saya rasa mungkin enam cawan.”

Gadis : “Baiklah…..Bagi saya dua cawan teh, tiga cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.

Pelayan : ?????


Lawak Pencurik

Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor  lembu  miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam(bukan nama sebenar).


Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?

Adam : betul tuan

Polis : Berapa ekor yang kau curi?

Adam :: Seekor saja, tuan

Polis : kamu tak tipu?

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor

Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga..?

Lawak Produser

Seorang penerbit filem iaitu Steven Spielberg mahu menerbitkan sebuah filem yang paling
canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang
paling hebat pernah diadakan. 

Penerbit(Spielberg): saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu
mempunyai 25 ribu tentera.

Pengarah(Micheal Bay): kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu
membayar mereka?

Penerbit(Speilberg): ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru
hidup!

Lawak Artis & Galleri

Seorang artis bertanyakan kepada pemilik galeri mengenai lukisannya yang sedang dipamerkan kalau-kalau ada orang yang berminat untuk membelinya.

Pemilik tu kata "Ada berita baik dan berita buruk"

"Berita baiknya ada seorang lelaki yang bertanyakan mengenai lukisan tersebut dan ingin tahu adakah lukisan-lukisan tersebut akan meningkat harga setelah kematian pelukisnya"

"Bila saya katakan ya, dia membeli kesemua 15 lukisan tu..."

"Wow! Baguslah kalau begitu" kata artis tersebut. "tapi apa pulak berita buruk tu?"

Dengan berhati-hati pemilik tu cakap "Orang yang membeli kesemua lukisan tu ialah doktor anda!"

Lawak Marry

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :)

Lawak Couple

"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim, buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan..." kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?" tanye kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!" tegas si gadis.
"Kalau i buaye, kenape u masih mendekati diri i???"
Dengan selambe si gadis menjawab" pasal I suke pade sume jenis binatang..."



Lawak Orang Kampong

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…

Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

” Pak, itu amenda pak?”

Bapak menjawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!

keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…

lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,

KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

Lawak 3 Sahabat

3 orang sahabat, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..

Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereka dah berade di tingkat 30..

Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahirkan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..

Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet...