Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor lembu
miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan
operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu
Adam(bukan nama sebenar).
Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?
Adam : betul tuan
Polis : Berapa ekor yang kau curi?
Adam :: Seekor saja, tuan
Polis : kamu tak tipu?
Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja
Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya
Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor
Polis : kamu
jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma
curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari
seekor
Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga..?
No comments:
Post a Comment