Thursday, November 24, 2011

Lawaknyer Susy

Seorang lelaki memperhatikan dengan tekun seorang perempuan yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak perempuannya yang masih kecil. Si anak yang asyiknya duduk di dalam troli yang didorong ibunya.

Ketika melewati bahagian kek, si kecil yang berusia tiga tahun itu merengek-rengek minta dibelikan. Si ibu menolak. Si kecil mula menangis. Dengan suara yang ditahan tahan, si ibu pun berkata, "Tenang Susy, tinggal tiga rug lagi, jangan marah, ya. Kejap jer."

Kemudian mereka melewati bahagian gula gula. Si kecil merengek lagi dan berteriak minta dibelikan gula gula. Si ibu menolaknya dan si kecil mulai menangis. Si ibu berkata, "Sabar, sabar, Susy, tinggal dua rug lagi dan kita akan keluar dari tempat ini."

Akhirnya lorong terakhir dilewati dan sekarang mereka harus beratur menuju ke cashier.
Si kecil menyadari ibunya tidak membelikan kek mahupun gula gula untuknya. Ia pun menangis dan menabur naburkan segala pembelian ibunya. Si ibu dengan sabar berkata, "Sabar Susy, kita akan ke cashier dalam 5 minit lagi. Selepas itu kamu akan pulang dan boleh tidur siang dengan nyenyak sekali."

Si lelaki yang melihat kejadian itu terkesima dengan kesabaran si ibu.
Ia pun membuntutinya hingga ke tempat letak kereta untuk memberikan pujian.
"Luar biasa! anda begitu sabar menghadapi si kecil Susy ya," katanya.

Si ibu menjawab, "Saya Susy. Anak saya Lili......kenapa?" (jawabnya hairan)

Lawak Seorang Teman

Kepada: Teman baikku ...

Sahabat,
dengan wang engkau dapat ...
Membeli tempat tidur,
tapi tidak dapat membeli "tidur nyenyak".

Membeli sebuah jam,
tapi tidak dapat membeli waktu.

Membeli sebuah buku,
tapi tidak dapat membeli pengetahuan.

Membeli posisi yang bagus dalam pekerjaan,
tapi tidak dapat membeli kehormatan.

Membeli perubatan,
tapi tidak dapat membeli kesehatan.

Membeli darah,
tapi tidak dapat membeli kehidupan.

Jadi wang bukanlah segalanya ....
Bahkan wang terkadang membuatmu merasa sakit dan menderita.

Aku mengkhabarkan hal ini kepada kalian semua,
karena aku adalah temanmu,
dan sebagai teman,
aku ingin menyingkirkan semua rasa sakit
dan penderitaan yang engkau alami.

Jadi,
segera kirimkan semua wangmu kepadaku
karena aku rela menderita untukmu.

Salam manis,
Temanmu yang baik hati

Monday, November 21, 2011

Lawak Anak Beranak

ini diantara perbualan antara anak dan bapa;

anak : ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (dgn penuh kasih syg, si ayah menjawab sambil tersenyum) oh..siput babi nak...

anak : (si anak pula tanya lg) ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (diusap2 kepala anaknya, sambil menjawab) siput babi nak..

anak: (si anak tanya lg x pandai abis2) ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (dgn nada sedikit keras) siput babi nak..

anak: (si anak pula terus bertanya) ayah, ayah, ini apa ayah?

ayah: (dgn nada yg marah) siputtt laaaa babiiiiiiiii!!

Lawak Permintaan Terakhir

Permintaan Terakhir seorang penjenayah yang dikenakan hukuman mati mandatori di Kerusi Eletrik.

Petugas: Wahai Si Polan, apakah  kamu ada permintaan terakhir?
Penjenayah: Maukah kamu memegang tanganku?

Lawak Sosej

Ada kisah seorang anak yang diberi
peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak
dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk
anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya
diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk
berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada
gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia
cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau
tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.
Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu,
buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi
sosej....

Bapak: Itu
teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32
tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor...
menyusahkan plak tu...

 
p/s: kepada yang tak faham, sila abaikan...

Lawak Balik Kampong

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah,cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah taksabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun
terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya
mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak
dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang,sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks sayang..tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok ha abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia
terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak?
Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak? Liza..." Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya berbuat macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Telefon Unik








Tumbuhan Gergasi






Tempat Kerja Yang Selesa








Thursday, November 10, 2011

Lawak Di Hari Lahir

  Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan moodku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan istriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita "Happy Birthday sayang" dan mungkin saja dengan sebuah hadiah ulang tahun untukku.

Waktu berlalu dan dia tidak mengucapkan walau dengan selamat pagi.
Aku berfikir, ya... itulah istri, tapi mungkin anak-anakku akan mengingat kalau hari ini hari jadiku.
Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke pejabat dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.

Ketika aku masuk ke bilik pejabat, sekretariku Janet menyapaku "Selamat pagi Boss, Happy Birthday".
Dan akhirnya aku merasa sedikit terubati mengetahui ada seseorang yang mengingat hari lahirku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilik pejabatku dan berkata
"Apakah kamu tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar sana dan hari ini adalah hari istimewamu? jom lunch, just two of us".
Aku berkata "Wow, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, jom pergi".

Kami tidak pergi ke tempat dimana kami biasanya makan tengah hari, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 botol martini dan sangat menikmati makan tengah hari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, dia berkata
"Kamu tahu tak, hari ne adalah hari yang begitu bahagia. Mari meraikannya ke suatu tempat?". 
"Dimana?" soalku.
"Rahsia" sambil tersenyum menggoda dan mengenyitkan mata padaku.

Setelah tiba di apartementnya, dia pun mengajakku singgah sebentar ke dalamnya.
"Boss, jika kamu tidak keberatan, saya akan pergi ke bilik tidur dan membuka sesuatu agar lebih selesa dan mudah".
"Tentu saja" sahutku dengan gembira.
Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia pun keluar membawa kek Hari Lahir yang besar dan diiringi oleh istri, anak-anakku dan beberapa staff sepejabat ku yang lain sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dengan serentak.

Aku hanya duduk terpaku disana.
Di sebuah sofa panjang.......
telanjang tanpa sehelai benang.

Wednesday, November 9, 2011

Lawak Salah Orang

Suatu hari di warung pinggir jalan.

Seorang tua: "Aduuuuh... aduuuuh"
Pemuda : (sedang makan) "Cik, Cik, Itu ada orang  teriak-teriak. Pengemis mungkin"
Penjaga warung: "Itu suami sayaaaaa!"

Lawak Berlagak

Di sebuah restoran ternama.

Teman #1: "Eh dah habis kan?, jom balik.."
Teman #2: "Jap, Belum bayar..
Biar i yang settle kan.
Excuse! Billboardnya please!

Wednesday, November 2, 2011

Lawak Sang Kekasih

Sedang dibuai keasyikan berdating, tiba2 Si kekasih terlepas angin.
Suasana menjadi hening seketika. Masing2 membatukan diri. Lidah pun kelu.

Untuk membuang gusar, Si lelaki pun bersuara
(L): Wah, sayang terbuang hangin ya?
(P): Diam dan termalu yang amat sangat.

Si Lelaki pun cuba menjernihkan suasana.
(L): Wah, kentut ayang persis perfume buatan France.
(P): Iya ker?! Kalau time bercinta tu, memang semuanya indah. Kata orang; kentut pun dicium wangi (Malu2)
(L): Bukan macam tu!
(P): Habis?!
(L): Baunyer tahan lama! Macam bau bangkai pun ada jugak!

Lawak Nenek Zaman Sekarang

Cucu: Nek, Datuk dah meninggal nek (sedih)
Nenek: Inna lillahi wa ina ilaihi rojiun (gusar)
Cucu: Nenek nak ke mana tu? (bila tengok nenek menuju ke meja komputer)
Nenek: Nenek nak update status kejap.
Cucu: Owh, nak kabarkan pada aunty2 dan uncle2 tentang berita sedih ne ya (mengagak)
Nenek: Tak adalah. Merapu betul kamu ne.
Cucu: Habis?!
Nenek: Nak ubah status. Dari 'Married' ke 'Single'