Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut.
Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni
jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama
sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang
serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari
nak dijadikan ceritanya....
Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu
pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali
ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia
tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun
takder jugak. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.
Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia
pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang
pulangkan cepat !!!! "
Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana
tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible
hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia
cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat
!!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!"
Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik
la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.
Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak
telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya
cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada
kat situ menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko
nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?"
Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG
tu...Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam
mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang
kelopongan itu.
No comments:
Post a Comment