eorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek
sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang
tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada
lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,
kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian
bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang
tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka
di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah
pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
No comments:
Post a Comment