Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang
kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau
telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak
mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda
tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk
mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila
seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh
bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan
bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang
gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting
ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan
tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang
orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di
sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di
hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia
menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna
No comments:
Post a Comment