Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya
adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja
sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di
tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka /
dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling
canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak
terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna
susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk
memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya.
Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.
Lemari
besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam
cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi
puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan
kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak
menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan
dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.
Keesokan
paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar
surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah
jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat
Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang
besar -besar.
"BANK SPERMA DIROMPAK"
No comments:
Post a Comment