Dua orang sahabat karib yang baru lepas menonton cerita hindustan kat panggung wayang bertelagah tentang kehebatan hero filem tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah pun mereka masih bertegang urat.
Ervina : Aku rasa Hrithik Roshan lagi hebat la dari Shah Rukh Khan.
Aniz : Alaa....Hrithik tu harapkan muka dan badan aje lawa, kacak,
tapi lakonan masih 3 bintang! Dengar tak? Tiga bintang!!!
Ervinna : Eh, apa pun....bagi aku Hrithik tetap hebat. Macho! Seksi lagi!
Aniz : No way....Shah Rukh Khan tetap no.1!!!
Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet....pot pet....kereta yang dipandu telah tersesat jalan. Kelam kabut dua orang gadis tersebut dibuatnya. Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak kelibat seorang tua berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang bertanya lelaki tersebut dan kereta yang dipandu berhenti betul-betul berdekatan lelaki tua yang nampak warak. Bersih wajahnya.
Ervina : Er...pakcik... boleh tumpang tanya??
Lelaki tua : Ye...ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?
Ervina : Er...kami sebenarnya sesat jalan. Kat mana kami berada
sekarang??
(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)
Aniz : Aha pakcik....kat mana kami sekarang?
Lelaki tua tu dengan selambanya menjawab : 'Dalam kereta le..kat mana lagi..." dan terus berlalu dari situ.
No comments:
Post a Comment