Wednesday, September 21, 2011

Lawaknyer Interview

Sarip memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Encik Basri , ketua bahagian lalulintas, untuk diinterview.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Encik Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarip.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Encik Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Encik Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar..."

No comments:

Post a Comment