1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan
keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter
tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat
memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta
tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar
dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun
lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama
daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi
berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia
akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan
kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam
juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila
nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
No comments:
Post a Comment