Cerita Lawak 60 PL
Amaran:cerita ini mengandungi unsur unsur ganas,kalium,santan,aksi
menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang.dilarang
tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.budak dibawah 18 tahun
harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.
Kisah Mengarut Musim Pertama
Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah
perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar
bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke
arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.
aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku
terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku
tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus
berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah
kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang
syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di
perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh
menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia
mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak
sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia
sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia
ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati
dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.suhu mula turun
hingga 8darjah celcius.`kau buat apa sekarang?`kata dia lagi.`takde apa
nak di buat.`jawab aku.`syabas,apa kite ternak lipan dan jagung sama
sama,nak?`aku jawab`taknak la,pasaran lipan sekarang jatuh teruk,lagipun
sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak,harga udang dan
kicap dah melambung tinggi,...`.dia merajuk dan menangis teresak
esak.aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang
pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak
dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih
lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku
tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan
russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk
menyara hidup.
Kisah Mengarut Musim Kedua
Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke
sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba
tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa
mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi
sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan
bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami
berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan
kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku
terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku
terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut
aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke
kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu
ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku
duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali
lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku
dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak
sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula
melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti
pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru
selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku
dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat
kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku
campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu
dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu
dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam
perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la
pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh
itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak
keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga
dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku
terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.
Kisah Mengarut Musim Ketiga
Suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8
lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah
beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai
salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik
tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa
berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak
leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai
salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.tak pasal
pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus
memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .salim mula menjerit
ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan
kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit
perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun
terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut
juga melihat apa yang berlaku.lantas aku melarikan diri .setelah
melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke
tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti
dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman
jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak
boleh tengok orang senang sikit,mereka menghantar FRU dan pasukan elite
khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju
geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah
helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke
helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan
itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar
nak dikalahkan,..tapi aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun
salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju
dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama
sehingga keakhir hayat.
Kisah Mengarut Musim Keempat
Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan
melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk
lepaskan tekanan dalaman.
aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ
hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat
mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan
terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku
dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus
menyerang aku dengan riang liar.
aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka
dan menghantukkan kepale diorang kat tiang buai 8 kali.kepale diorang
retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu
terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu
juga.aku ape lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut
jugak.aku marah dan suruh mereka buat bende lain.mereka bersetuju dan
membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok
dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.
sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku
dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori
itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak
melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku
cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu
juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik
pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa
kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu
lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus
memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu
kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan
hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80
kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...
aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku
berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam
perasa kambeng.dah habis makan je aku pulang terus ke rumah seperti
biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi
yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman
nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku
ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja
tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga
supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari
persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari
supaya tak dapat memberontak.
8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik
sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai
rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup
dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup
aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.
(Nukilan Ex_ Phsychopath)
No comments:
Post a Comment