Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri
Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya
dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja
Derewa.
Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman
tu tiada tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan
Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya
itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira
besi atau tembaga sekalipun.
Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin
mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan
yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak
mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami
yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu
syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika
disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang
akan berkahwin dengan tuan puteri.
Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja
semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah
4 orang sahaja yang belum mencuba.
Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras,
lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh
besi itu, besi itu pun cairlah.
Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa
sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya
pedang itupun cairlah.
Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia
yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu
permata. Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila
disentuh oleh tuan puteri.
Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan
berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri.
Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan
tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan
tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk
kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu.
Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang
disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik
peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan
bangganya' "Tidak cair Tuanku".
Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda
yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang
tuan puteri.
Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu...
"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan...".
No comments:
Post a Comment