Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar
dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti
makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan
Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja.
Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat
perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam
renang.
Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang
dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"
No comments:
Post a Comment