Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon
untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan
mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon
lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya
memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka.
Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa
sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.
Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut
mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus
bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali
berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki
pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba
dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah
kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab
Jusoh.
"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua.
"Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang
terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan
untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.
Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan
jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera
mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya
itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat
dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang
dia cari.
Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu
mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan
tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali
berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan
yang diberikan.
"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini,
suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas.
Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun
dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak
cair dalam seluar saya."
No comments:
Post a Comment