Ada 3 orang wanita yang sudah lanjut usianya bercerita tentang penyakit lupa.
Wanita1 : Ehhh korang nak tahu tak ? Aku ni kan pelupa sangat tau.
Ada kah pernah satu hari tu aku boleh terlupa kat mana tuala aku simpan
padahal kat bahu aku jerk. Siap aku berleter ngan anak² sangkakan dorang
dah sembunyikan tuala tersebut.
Wanita2 : Ahhh itu belum cukup teruk lagi,.. aku ni lagilah teruk
hari tu aku berada kat tangga rumah,.. boleh² aku terlupa nak naik ker
turun,.. tak gila kau !!!
Wanita3 : Ahahahhahah teruklah korang ni ( ketawa berdekah² sambil
tangan mengetuk² atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang )
Nasib baik aku tak seteruk korang. Hahahahhaha. Ehhhh ,... korang
dengar tak sesuatu ??
Wanita1 dan Wanita2 : Tidak ?? ( menggeleng kepala )
Wanita3 : Korang tak dengar ada orang ketuk-ketuk pintu
Wanita1 dan Wanita2 : !@ $%
Rupa²nya wanita3 itu terlupa yang dia masih mengetuk-ngetuk meja dan menyangka pintu rumah diketuk orang.
No comments:
Post a Comment