Wednesday, November 7, 2012

Lawak Soalan

Siapa kata B.Melayu senang ?
Kalau tak percaya sila isikan
tempat kosong dengan
perkataan
"Ya" atau "Tidak".
________ , saya seekor lembu

Lawak Hobi

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P

Friday, November 2, 2012

Lawak BF

BF: Kalau saya bunuh diri?
GF: Saya akan selamatkan awak.
 

BF: Kalau saya jatuh?
GF: Saya tolong awak bangun semula.
 

BF: Kalau saya lari bogel?
GF: Saya akan berpura-2 tak kenal awak..

Lawak Tapi Best (EX)

Bila nak, 
kita cuba dapatkan. 
Dah dapat, 
kita abaikan. 
Dah bosan, 
kita tinggalkan. 

Bila orang lain dapat, 
menyesal.
Cemburu, 
nak balik.

Sorry, 

awak dah jadi 
EXample 
terima kasih for 
EXperience, 
skang awak boleh 
EXit daripada hati saya 
& selamat bertemu yg 
EXtraordinary.    :)

Lawak Penyakat

Samad : hello mcD
mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ade ?
mcD : ade
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
mcD : (tutup telefon)

Samad: hello mcD

mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ada lagi ?
mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)

Samad : hello mcD
mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ? 
mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ? 
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur 
mcD : (baling telefon) 
 
Samad : hello ini mcD ? 
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah) 
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii 
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ? 
Samad : bubur kacang hijau ade tak??? 
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan...)

Monday, October 29, 2012

Lawak Ganas Sang Ayah

Gadis: Syg, hari ni saya akan jalani pembedahan jantung...
Lelaki: Saya tahu.. I love you syg...
Gadis: I love you too :)

(Bila sedar dari pembedahan, gadis tengok bf die takde. Tapi ayah dia je yg ada)

Gadis: Mana bf saya ayah?
Ayah: Ermm, Siti tahu tak siapa dermakan jantung untuk Siti?

Gadis: Apaaa!??? (terus menangis)
Ayah: Hehe takde lah. Ayah melawak jer. Dia pegi tandas..

Friday, October 19, 2012

Lawak Soalan

Ujian ini hanya untuk lelaki sahaja.Tetapi kalau perempuan nak cuba apa salahnya…boleh sahaja.Tapi jangan emosi plak lepas tu.Okey.Dekat bawah ini ada 12 orang ratu cantik.Tetapi hanya 6 orang sahaja yang benar-benar perempuan.Lagi 6 orang tu adalah lelaki.Cuba cari 6 orang lelaki tersebut.Jawapan ada pada akhir post ini.


Hehe…Sebenarnya soalan diatas hanyalah perangkap semata-mata.Jawapan yang betul ialah kesemua ratu diatas adalah lelaki.Gambar diatas diambil dari pertandingan Miss Lady Boy Pageant di Thailand.

Wednesday, October 17, 2012

Lawak Buang Karan


Suatu ketika Kat Balai Polis
india : saya pigi kedai. balik kidai saya bawa motor. ada lori, laju. banyak laju, makan saya punya jalan. mau langgar saya punya motor. nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.
polis : banyak nasib baik anne. abis siapa langgar anne?
india : belum abis cerita la tuan. lagi, satu kereta makan saya punya jalan. mau langgar saya punya depan, saya elak. tarak jadi langgar.
polis : pergh.... nasib baik. jadi siapa yang langgar?
india : itulah tuan. dua kali saya boleh elak. lalu itu selekoh, ada satu pokok. bawa banyak laju. saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. boommmm, itu pokok sudah langgar saya. itulah cerita tuan.
polis : chit.... confirm mabuk todi haram ni. konstabel, gari anne ni, check level alkohol dia sekali. buang masa je aku simpati.

Lawak Fb Binatang

APA AKAN JADI..... Klu binatang ada facebook .. agak2 ape status mereka ?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi .. kenyang burp, alhamdulillah
CICAK : Isteriku tersepit kt celah pintu .. sobs~
KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sape bapaknye. I bingung nk jwb ape. I sendiri lupa bapaknye sape..
AYAM : Kawan .. klu esok aku xupdate…b'erti aku udah digoreng….I luv u all… jgn lupe wat kenduri arwah utk aku ye…
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa~
KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
BABI : Aku bengang btol la...dye gi pijak taik kucing tapi nama aku yg disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yg berak kt depan umah ko .. tension2.. -,-'

Tuesday, October 16, 2012

Lawak Loving & Break Up

Time Couple ' BABY ' »» Dah break ' BABI ' .
Time Couple ' SAYANG ' »» Dah break 'BANGANG ' .
Time Couple ' I - YOU ' »» Dah break ' WA - LU ' .
Time Couple ' I LOVE YOU KBAII ' »» Dah break ' I HATE YOU CIBAI ' .
Time Couple ' HI DARLING ' »» Dah break ' BYE ANJING ' .
Time Couple ' HANDSOMENYA ' »» Dah break 'SAKAINYA' .
Tima Couple ' ANJE ' »» Dah break ' ANJENG'.
Time Couple ' YOU LAWA LAH ' »» Dah break ' EH SIAL LAH PUIHH

Monday, October 15, 2012

Lawak Suami Isteri lagi

Isteri : Abang tau x, rokok ni blh wat abang cpt mati?

Suami : mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan...

Isteri : hmmmm... berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?

Suami : sari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

Isteri : satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???

Suami : pandai math lah awak ni... dri tingkatan 2. awatnya?

Isteri : Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.

Suami : so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!

Isteri : memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!

Suami : Awak isap rokok x yang?

Isteri : Tak bang...kenape tanye mcm 2?

Suami : kalau awak x isap rokok mcm abang...mane Skyline awak?

Lawak Rumah Tangga

Ayat Selepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer!

Lawak Info

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang y

ang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab...."Sebab mengapa bola

sepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

Kah Kah KAh

Lawak Romantik

boy : syg..awk kt mana skrg?
gurl : kt dlm hati awk la bie
boy : ish..tol2 laa..awk kt mana ni?
gurl : betul la bie..syg kt hati bie kan..
boy : mangkok...aku tny elok2 nie..ko kt mana? aku terkunci dlm tandas awam nie :D

Lawak Misteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di ting
kat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.


Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa. Mengilai ……… dan segera berkata ……..

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?” :p

WAKAKAKAKA!!!


Lawak Puting & Malang

Sedang aku lepak makan kat Wangsa Maju. Aku didatangi oleh seorang awek yang menjual barang.

” Assalamualaikum bang. Abang, abang tak beli pun takpe. Abang tengok je dulu. Hari ni saya nak jual satu produk kat aba
ng. Kualiti barang ni sangat bagus. Hari ni special offer bang. Dua puluh set dengan hanya RM10.”,ujar si awek tersebut.

Aku pun apa lagi. Pantang kalau ada awek tegur. Cun pulak tu. Terus aku mencipta wajah sekacak Shahrizal Jaszle kat muka aku ni. Dari segi perwatakan pulak, aku cuba meniru perwatakan seorang ahli perniagaan yang sedang minum kopi panas. Muka berlagak.

Toleh pun tak kat awek tu. Sambil sesekali aku mengibas-ngibas baju konon-kononnya panas. Kebetulan pulak masa tu aku baru balik daripada interview kerja. Memang kemas lah aku pakai. Kemeja kaler pink, tali leher kaler hijau muda dan seluar slack kaler biru gelap. Pergh.. Memang terbaik. Dalam pada aku mengipas-ngipas baju tu, aku sempat jeling-jeling kat dalam poket baju ni. Bila aku nampak je sekeping kertas warna hijau, serta merta hidung aku kembang kempis kembang kempis.
” Heh heh. Ada lima ringgit. Boleh belanja awek ni minum.”,bisik aku dalam hati.

Dalam mod muka ketat, berlagak, angkuh apatah lagi ego tu.. aku membuat isyarat tangan untuk menyuruh awek tu duduk depan aku. Awek tu mula bergerak ke depan aku dan terus duduk. Perghhh!! Memang cantik. Terbbaeekk. Jantung aku dah mula berdegup kencang. Nafas aku dah tak terkawal. Air liur aku hampir-hampir meleleh. Tapi, demi mempertahankan keegoan aku ni, aku nekad kembali kepada mod tadi. Berlagak, angkuh dan penuh dengan ego.

Aku buat-buat tak tertarik langsung dengan awek tu. Aku menyuruh dia memesan air dan dengan angkuhnya aku memberitahu yang aku akan bayar air dia tanpa syak wasangka. Sesekali mata aku sepetkan untuk menjeling awek tu. Pergh.. terasa gila kacak aku masa tu. Awek tu pulak macam malu-malu. Kompem! Dah kompem dah dia terpesona dengan kekacakan dan ketampanan aku.

” Err. Barang apa yang awak jual tu?”,soal aku. Masih lagi membuat muka ketat. Keperibadian seorang orang kaya yang bergelar Tan Sri aku paparkan ketika itu.

” Puting.”

” Puting?”,soal aku. Dahi aku mula berpeluh-peluh. Mata aku secara automatik mensasarkan bahagian dada awek tersebut. Mulut aku melopong secara tiba-tiba.
Secara tiba-tiba kepala aku dibedil dengan kasut tumit tinggi awek tu.
” Bukan puting tu lah abang. Ke situ pulak dia!! Ni ha! Puting susu untuk bayi. Kalau abang ada anak, boleh lah beli daripada saya. Murah tapi berkualiti.”,terang awek tersebut sambil menghulurkan bungkusan puting itu kepada aku.
Aku mengambil bungkusan tu sambil sesekali memandang sekeliling.

” Owh.. Tapi saya tak ada anak. Anak buah pun tak ada. Tak apalah. Saya tak nak beli. Hari ni saya belanja awak minum je.”,ujar aku.

Nasib baik awek tu sporting. Dia tak kisah pun aku tak beli puting dia tu. Petang tu kitorang minum sama-sama. Bangga jugak lah rasanya sebab lepak minum dengan awek cantik. Sesekali aku jeling-jeling jugak orang-orang yang ada kat meja sebelah, belakang, dan depan. Bila ada mamat-mamat yang pandang aku, aku dengan riaknya mengangkat-ngangkat kening tanda bangga. Masa lepak tu, macam-macam cerita yang aku reka untuk meng-up diri aku. Bila dia tanya pekerjaan aku, dengan tenang je aku jawab yang aku adalah seorang akauntan bank.

Lepas lebih kurang 30 minit bersembang-sembang, awek tu minta izin untuk beransur. Sebagai seorang lelaki yang hebat dan terbilang, takkan aku tak izinkan betul tak? Sedangkan Aaron Aziz pun mengizinkan bini dia untuk keluar beli belacan, inikan pulak aku yang lebih kacak daripada pelakon tu. Aku pun segera memanggil pelayan di restoran tersebut untuk membayar. Kesemuanya RM 3.60. Huh! Apalah sangat RM3.60 tu jikalau nak dibandingkan dengan martabat aku. Aku pun dengan gila gila gila berlagaknya mengeluarkan duit yang berada di dalam poket baju aku. Dan dengan drastiknya aku menghulurkan kepada mamak tersebut.
” Keep the change!”,ujar aku penuh bongkak dan takbur.
” Ini apa ini?!! Kertas apa ni?”,soal mamak tu.

Aku mula gelabah. Aku tengok duit RM5 kat tangan mamak tu. Nafas aku mula tercungap-cungap bila aku melihat kertas berwarna hijau. Baru aku teringat tu adalah kertas yang aku lipat-lipat buat kapal terbang. Aku mula panik. Halkum aku turun naik turun naik. Baru aku teringat yang dalam poket aku cuma tinggal rm2 je. Perghhh. Aku pun terus buat-buat diserang sawan babi untuk menyelamatkan diri. Masa tu aku dah tak pedulikan awek yang ada depan aku tu lagi. Lebih baik tak dapat awek tu daripada nak kena basuh pinggan kat belakang.

Dan aku lebih rela malu daripada awek tu tau aku tak ada duit. Jatuh martabat aku. Akhirnya, planning aku berjaya. Disebabkan sawan babi tu, tauke kedai tu tak meminta pun bayaran daripada aku. Aku cuba menjeling untuk mencari awek tu. Ternyata hilang terus daripada pandangan. Mungkin takut mungkin jugak malu dengan orang sekeliling agaknya.

Lawak Siot

Nora menjemput pakwenya.. Hamzah untuk pergi kerumah berjumpa kedua ibubapanya sambil makan malam..Kalau Hamzah bersetuju.. Nora berjanji akan tidur bersamanya selepas makan malam tersebut.. Setelah berf
ikir agak lama.. akhirnya Hamzah bersetuju dan membuat beberapa persiapan... Dia lalu pergi ke sebuah farmasi dan bertemu dengan pemilik farmasi tersebut untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar...

Hamzah : "Pakcik.. Malam ni.. buat pertama kalinya saya akan meniduri kekasih saya jadi saya ingin membeli ubat yang paling baik untuk menguatkan ketahanan dan mempercepatkan ransangan..saya juga ingin.. membeli kondom yang paling tahan.."

Pemilik Farmasi : "Berapa banyak kamu mahu kondomnya?"

Hamzah : "12 keping.. kerana saya mahu mengulangi sebanyak 12 kali"

Selesai berurusan di Farmasi tersebut... Hamzah terus balik ke rumahnya... Malam pun tiba.. Di Rumah Nora... Hamzah duduk di sisi makwenya itu..berhadapan dengan kedua orang tua Nora... 30 minit berlalu.. Hamzah banyak tunduk dan malu-malu.... akhirnya selesai makan malam... Nora berbisik pada Hamzah...

Nora : "Saya tidak menyangka yang abang ni pemalu orangnya.. tapi bagus juga.. mesti ayah tidak ada alasan untuk menolak perkahwinan kita nanti...'

Hamzah : (Sambil berbisik) "Abang tak sangka.. ayah awak tu rupanya seorang pemilik Farmasi..'

HOHOHOHO

Lawak Famili Gangster

Bile da satu family gangster....
Ayah balik dari kerja...

Ayah : apa bising2 nie??

Mak : malik is backk!!!!

Aiman : hey abg besar sudah
balik...wa ingt lu sudah
mampus...

Ayah : lu siapa mau ckp ini
bangsat sama aku? ini tempat
aku punye(banglo ayah)

Aiman : baik lu suma diam!!!
nanti wa sengatt ahh...baru lu
org tau

Mak : lu siapa mau wa
senyap?? syurga lu bawah
tlapak kaki wa lu tau x??

Aiman n Adik terdiamm...

Ayah sambung....syurga lu plak
bawah tlapak kaki wa
kan...amacam? lu sudah goyang ka???.....

Lawak Bercinta

(Masa Bercinta )

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam

Lawak Ibu Dan Anak

ALIM : ibu... bodoh tu ape???
IBU : bodoh??bodoh tu bangang...
ALIM : bangang??? bangang tu ape??
IBU : bangang tu bodoh laaaa
ALIM : huh?? bodoh tu ape plak??
IBU : bangang laaaa.. bodoh tu bangang..bangang tu bodoh..
ALIM : yela... bodoh bangang tu cmne rupenye..???
IBU : MACAM KAU LA!!!!!!!!
ALIM : ohhh...paham2,...hehehe

Lawak Doktor

"Ahmad menemui doktor pakar penyakit kelamin....

Ahmad : "Doktor, saya ada masalah, tapi doktor harus berjanji dahulu untuk tidak mentertawakan
saya nanti ya.."

"Baiklah, saya janji tidak akan mentertawakan kamu. Itu melanggar etika kedoktoran.." Jawap
doktor dengan bersahaja....

Ahmad lantas menanggalkan seluar dalamnya, burungnya ternyata terlalu kecil, mungkin diameternya
hanya sebesar pensil steadler 2B. Melihat barangyang hanya seadanya, doktor tidak dapat menahan
tawanya, dia tertawa mengilai-gilai sampai berguling-guling di lantai....

Kira-kira 5 minit baru doktor itu dapat mengendalikan emosinya. "Maaf encik.. hmm.. hh.. saya tidak
dapat mengawal perasaan saya tadi. Saya janji tidak akan tertawa lagi. Nah, sekarang apa masalah
sebenar encik?" Tanya doktor sambil berjuang keras untuk menyembunyikan sisa ketawanya

Ahmad berkata dengan nada yang sedih, " Burung saya sudah tiga hari bengkak begini.."

Si doktor langsung pengsan kerana sudah tidak lagi menahan untuk tidak melanggar etika
kedoktorannya....."

Lawak Kesah Benar

KESAH BENAR

Al Kisah ada satu cerita ini ialah mengenai kucing digilis kereta...!!

Lokasi : Taman Desa Surada
Masa : Tak ingat

Pada suatu hari kisah tragis ini telah terjadi pada saya.., sedang duduk sambil meneguk air milo ais kurang ais menggunakan cawan milo free, tiba-tiba gua tengok ada seekor kucing yang umurnya tidak pasti berapa.

Dia main kejar-kejar dengan lipas..saya biarkan sahaja s

ambil meneguk seteguk lagi milo ais.., selang beberapa minit lepas itu entah macam mana lipas itu lari tengah jalan saya masih saja biarkan ..,

Entah macammana kucing itu dengan bangganya dia pergi kejar jugak lipas itu ke tengah jalanraya dan dalam pada masa yang sama ada sebuah kereta lalu.., kucing itu dengan tidak perasan tiba-tiba PANG...!!!!!

Kucing itu kena gilis dengan kereta itu sampai lenyek.., kesian gila kot..!!! lepas itu boleh pulak lipas itu gelak..!!! siot betul..!!! lalu hati kecil gua berkata

"bodoh punya cerita Oggy and The Cockroaches"

lepas itu gua terus tutup TV...('',)

Sekian...Peace (^_^)

Hakikatnya sebenarnya,,,admin sgt suka cite Oggy nie,,,feveret zaman belum akhil baligh dulu.... =)

Lawak Amaran

Seorang lelaki tengah bawak kereta ,
tiba2 ada seorang perempuan bawak kereta potong kereta dia .

Lelaki tuu jerit '' woi woi Lembuuuuuuuu '' !!
Perempuan tuu balas balik '' hang tuu kambing, keldai, monyet, orang utan " !!

Tiba2 perempuan tuu eksiden terlanggar sekawan lembu ,

Lelaki : kan aku cakap LEMBU,LEMBU ! tuu laa x nak dengar .

Lawak Pesanan

Jika kamu resah, pandanglah wajahmu di cermin dan katakan… “Oh my God, Cute nya aku”.. Tapi kena ingat… Jangan buat selalu sebab tak elok menipu… :P

Lawak Teka Teki Tipu Berdosa

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,

- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

~>> bawak2 la berehat~ :p

Lawak Teka Teki Tipu Berdosa

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,

- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

~>> bawak2 la berehat~ :p

Lawak Suami Isteri

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"

Lawak Nak Bertudung

Rintihan seorang individu yang ingin berubah:
"Sejak saya bertudung, ayah saya kerap menampar saya... mak saya asyik menangis... saudara mara saya menjauhkan diri dari saya... rakan2 saya asyik persendakan saya... salah ke apa yang saya buat? Salah ke saya nak berubah?"

Luahan beliau telah menerima satu tendangan tepat kat mukanya dan aku berkata:
"Mu jantang r bodo!"

Lawak Dalam Kelas Yg Bising


Cikgu :: Hoi! Diam la!
Murid :: "Hak bermain, hak kami!"
Cikgu :: Asyik bermain jeh. Bila nak belajar?!
Murid :: "Hak belajar, Haktuihh!"
Cikgu :: *minum Horlick* "Ho ho ho hotak kau!"
Murid :: *minum Vitagen* " sayangi murid anda setiap hari "
Cikgu :: *mkn roti Gardenia* "sungguh enak dilempang begitu saja"
Murid ::  (senyap)

Monday, September 3, 2012

Lawak Bengap

Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Tingtong, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibu kota negara.

Cikgu : "Zara, cuba sebutkan ibukota Britain?"

Zara : "London, Cikgu!"

Cikgu : "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

Apis : "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

Cikgu : "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

Lola : "Lima, Cikgu!"

Cikgu : "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

Lola : @?@$#!

Lawak Sadis Seorang Budak

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.
Datang seorang budak kecil duduk disebelah.
Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya.
Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.
Si tua memerhatikan sekian lama.
Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-9, dia pun mencelah,
Lelaki Tua: "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"
Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.
Lelaki Tua: "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi jadi rosak!"
Budak Kecil: "Datuk saya pun ada nasihat juga."
Lelaki Tua: "Dia pun kata jangan makan makanan ringan kan?"
Budak Kecil: "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

Lawaknyer Pakcik

Demikian adanya.Rahsia Menangkap Ikan Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

Lawak Anak Ular

Seekor ular kecil bertanya kepada ibunya, 
Anak : "Ibu apakah kita ini ular yang beracun?
Ibu : "Oh tentu anakku. Jadi kalau ada yang mencoba mengganggumu, gigit saja maka pasti ia akan mati karena racun dalam bisa kita," jawab ibunya dengan yakin. 
Anak : "Oooops ....." sahut si ular kecil." 
Ibu : Kenapa, Nak ... kamu menggigit sesuatu??!!!"
Anak : "Ah ... bagaimana kalau aku terggigit lidahku sendiri?"
Ibu : ????###????...

Lawak Menteri

Pada sebuah Convention antara Menteri-menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sedunia di Putrajaya. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’ sambil berbual tentang kehebatan teknologi negara masing-masing.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 6 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 12 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 20 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS.!

Lawak Seorang Pakcik

ADA seorang pemandu teksi. Bertanya kepada seorang penumpangnya yang kelihatan seperti sudah berusia(separuh abad).
Meskipun begitu, badannya masih tegap dan masih kuat berdiri.

Pemandu Teksi : Pakcik hendak ke mana?

Penumpang : Pakcik hendak ke bukit (Senyum). Anak boleh hantar pakcik ke sana ke?

Pemandu Teksi : Bolehh...Tapi pakcik kene bayar duit dulu.

Penumpang : Apa.!! Duit dulu? Pakcik tak ada duit dulu. Tapi duit sekarang adalah...

Pemandu Teksi : &*(^%^

Lawak Pelanggan

Suatu pagi seorang gadis membawa  termos  singgah di sebuah  Kedai Kopi  untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.



Gadis : "Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?”

Pelayan : “Saya rasa mungkin enam cawan.”

Gadis : “Baiklah…..Bagi saya dua cawan teh, tiga cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.

Pelayan : ?????


Lawak Pencurik

Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor  lembu  miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam(bukan nama sebenar).


Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?

Adam : betul tuan

Polis : Berapa ekor yang kau curi?

Adam :: Seekor saja, tuan

Polis : kamu tak tipu?

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor

Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga..?

Lawak Produser

Seorang penerbit filem iaitu Steven Spielberg mahu menerbitkan sebuah filem yang paling
canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang
paling hebat pernah diadakan. 

Penerbit(Spielberg): saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu
mempunyai 25 ribu tentera.

Pengarah(Micheal Bay): kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu
membayar mereka?

Penerbit(Speilberg): ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru
hidup!

Lawak Artis & Galleri

Seorang artis bertanyakan kepada pemilik galeri mengenai lukisannya yang sedang dipamerkan kalau-kalau ada orang yang berminat untuk membelinya.

Pemilik tu kata "Ada berita baik dan berita buruk"

"Berita baiknya ada seorang lelaki yang bertanyakan mengenai lukisan tersebut dan ingin tahu adakah lukisan-lukisan tersebut akan meningkat harga setelah kematian pelukisnya"

"Bila saya katakan ya, dia membeli kesemua 15 lukisan tu..."

"Wow! Baguslah kalau begitu" kata artis tersebut. "tapi apa pulak berita buruk tu?"

Dengan berhati-hati pemilik tu cakap "Orang yang membeli kesemua lukisan tu ialah doktor anda!"

Lawak Marry

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :)

Lawak Couple

"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim, buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan..." kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?" tanye kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!" tegas si gadis.
"Kalau i buaye, kenape u masih mendekati diri i???"
Dengan selambe si gadis menjawab" pasal I suke pade sume jenis binatang..."



Lawak Orang Kampong

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…

Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

” Pak, itu amenda pak?”

Bapak menjawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!

keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…

lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,

KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

Lawak 3 Sahabat

3 orang sahabat, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..

Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereka dah berade di tingkat 30..

Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahirkan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..

Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet...


Tuesday, July 3, 2012

Lawak Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Lawak Tips Cover Line

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Lawak Sudu Dan Benang

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Monday, July 2, 2012

Lawak Statement Nenek

"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

Lawak Pengemis

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia
               di Selangor,  yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga
               di Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
                    Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Hampehhhhhh..!!!!*

Lawak Memalukan

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna

Lawak Merompak

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"

Friday, June 29, 2012

Lawak jangkitan

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

Monday, June 25, 2012

Lawak Musim Jepun

Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup. Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri. Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru jer kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "Banjir banjir". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas.

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu askal(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askal Jepun." Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire fire".

Apalagi, terus tamat ler riwayat Ah Beng.

Lawaknyer story

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Lawak Story Budak

Ada dua orang sahabat sedang berbual.Bachik dan Amirul Aiman.Mereka ini sudah lama berkawan.Suatu hari mereka berjumpa semasa memancing kat sungai..

Bachik: Kau nak tau,dulu masa aku kecil aku pernah tengok orang bunuh diri.
Amirul: eeii...ngerinya...
Bachik: Dia gantung diri kat pokok.
Amirul: Habis tu sekarang hidup lagi ker....
Bachik: Iskkk kau ni....gila ker apa? dah tentulah orang tu mati.( sambil menunding jari di dahi Amirul)
Amirul: tak, maksud aku pokok tu la.....kuang...kuang.....kuang
Bachik: $#$&%%^*&

Lawak Kertas Soalan

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih C: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook B: James Beruk C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari B: Parameswaja C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Lawak Hebatnyer Datuk Dier

Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengtahui masa dia akan meninggal dunia

Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?

Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...

Lawak Kesah 4Musim

Cerita Lawak 60 PL
Amaran:cerita ini mengandungi unsur unsur ganas,kalium,santan,aksi menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang.dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.budak dibawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.

Kisah Mengarut Musim Pertama

Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.suhu mula turun hingga 8darjah celcius.`kau buat apa sekarang?`kata dia lagi.`takde apa nak di buat.`jawab aku.`syabas,apa kite ternak lipan dan jagung sama sama,nak?`aku jawab`taknak la,pasaran lipan sekarang jatuh teruk,lagipun sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak,harga udang dan kicap dah melambung tinggi,...`.dia merajuk dan menangis teresak esak.aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup.



Kisah Mengarut Musim Kedua


Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.


Kisah Mengarut Musim Ketiga


Suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8 lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .salim mula menjerit ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang berlaku.lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,mereka menghantar FRU dan pasukan elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama sehingga keakhir hayat.



Kisah Mengarut Musim Keempat


Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.

aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepale diorang kat tiang buai 8 kali.kepale diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku ape lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat bende lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.

sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan je aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.

8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.

(Nukilan Ex_ Phsychopath)

Lawak Doktor & Tugu

Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

Thursday, June 21, 2012

Lawak Puteri Ayu Batu Selonggok

Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa.

Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun.

Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.

Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang belum mencuba.

Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah.

Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah.

Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata. Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri.

Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu.

Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair Tuanku".

Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri.

Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu...
"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan...".

Lawak Kelas Ekonomi

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa

"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana"
"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain" pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan" Jawab kapten

Lawak 23 Perkara Yg Di Tegah Ketika Memandu

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

Wednesday, June 13, 2012

Lawak Sang Suami

Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan. Bila bini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le... so, awek tu bengang, terus tumbok dia...

"Debuk" lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri...

Kesian... kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarah dan
patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal...

Lawak Marry

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :)

Lawak Memo

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Lawak Khidmat Peguam

Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"

Tuesday, June 12, 2012

Lawak Sang Nenek

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Lawak Jawapan Soalan Basi

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

Lawak Cucu Yg Nakal

Aku ada seorang cucu namanya Jendul , die ni baru 4 thn aje...tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku bengang tahap maksimest kat die ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu le yg die nak...geram tul aku..aku belum sempat nak makan die dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari....bini aku masak la bubur durian...aku memang dah lama mengidam tu...aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku ambik tu.Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk dulu...

Tiba2..aku tengok dah hilang dah gerenti cucu aku ambik..dan kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku...aku pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die yg buruk hampeh tu...agaknya die terase sebab aku buat muka mancho semcam jer....die cam rase bersalah plak....

"Atuk marah ke Jendul wat cam tu...sory la tuk" katenya "Jendul janji tak wat lagik...atuk jgn la ambik ati....."sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion " ala tuk.....nanti jendul ambik kan yg lain yer....senyum la sikit tuk...ala tuk...senyum la sikit"die cuba memujuk aku..

Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan senyuman kepada nya tanda memaafkannya.

"Eh atuk...pasal gigi palsu atuk tak der....."die tiba2 menyapa.
"Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi..."

Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.

Lawak Mee Hoon

Mee hoon sangat cemburukan Mee Kuning. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah Mee hoon sering mempersendakan Mee Kuning di depan umum,

"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"
hari-hari begitulah perangai Mee Hoon... namun Mee Kuning buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan  Mee Hoon.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak Mee Kuning ke tempat lain. Mee Hoon gembira bukan kepalang kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya disisi.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah Mee Hoon. Mee spaghetti.
Mee Hoon rasa marah dah berteriak;

"Hoi, Si Kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Lawak Anak Beranak

Terdapat dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi tu anaknya. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.

Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.

Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan menghampiri bapaknya.

Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar. Dah tu saya pulak yang kena pukul.

Lawak Dalam Bas

Seorang penumpang di dalam keretapi elektrik bertanya pada konduktor "Adakah merokok di benarkan?" "Tidak",konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut. "Kalau begitu, dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?" Konduktor itu menjawab,"Dari mereka yang tidak bertanya s

Lawak Bengap GF

"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim,buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan..." kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?"tanye kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!"tegas si gadis.
"Kalu i buaye, kenape u masih mendekati diri i???"
Dengan selambe si gadis menjawab"pasal I suke pade sume jenis binatang..."

Monday, June 11, 2012

Lawak Netter

This summary is not available. Please click here to view the post.

Lawak Kotak Hitam

Tiga orang perempuan dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Setengah jam setelah diudara, pilot mengumumkan adanya gangguan dan para penumpang diminta bersiap sedia kerana pesawat akan mendarat cemas.

Perempuan pertama segera memakai semua perhiasannya, mulai dari rantai, gelang dan cincin. Dengan pandangan tak mengerti kedua perempuan yang lainnya bertanya apa maksud dari tindakannya tersebut. "Dengan memakai semua perhiasan ini semua orang akan tahu aku seorang wanita kaya. Jadi mereka akan menolongku lebih dulu," jawabnya. Perempuan kedua segera membuka blaus dan branya.

Ketika yang lain bertanya, ia menjawab, "Ketika penyelamat datang, mereka akan melihat betapa seksinya dadaku dan aku akan ditolong lebih dulu." Perempuan ketiga yang kebetulan berkulit sangat hitam melepaskan celana luar dan dalamnya. Kemudian ia berkata, "Biasanya mereka akan mencari kotak hitam lebih dulu."

Lawak Kajian

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Periksa makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..